Jika jadi menteri, Azmin janji kaji projek mega diluluskan Najib

Jika jadi menteri, Azmin janji kaji projek mega diluluskan Najib - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jika jadi menteri, Azmin janji kaji projek mega diluluskan Najib, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jika jadi menteri, Azmin janji kaji projek mega diluluskan Najib
link : Jika jadi menteri, Azmin janji kaji projek mega diluluskan Najib

Baca juga


Jika jadi menteri, Azmin janji kaji projek mega diluluskan Najib

 
Azmin belum memutusakan sama ada beliau akan melepaskan jawatan menteri besar Selangor untuk ke Putrajaya sebagai menteri hal ehwal ekonomi.
 
 
Azmin berkata, projek mega yang akan dikaji semula termasuk projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR).


PUTRAJAYA: Datuk Seri Azmin Ali berjanji akan mengkaji semua projek mega yang diluluskan kerajaan Barisan Nasional, jika beliau menerima jawatan menteri hal ehwal ekonomi.

Beliau berkata, kestabilan kerajaan negeri dan kepercayaan rakyat Selangor antara faktor yang akan dipertimbangkannya sama ada kekal sebagai menteri besar Selangor atau menerima pelantikan sebagai menteri.

“Saya akan buat pengumuman rasmi kerana saya perlu menghadap Sultan Selangor terlebih dahulu. Jika saya ke pejabat (perdana menteri) minggu depan, kita akan kaji semula projek mega ketika pentadbiran Najib.

“Semuanya kita akan kaji untuk beri kepentingan kepada rakyat seperti air, perumahan. Ini adalah isu yang pada saya sangat penting,” katanya selepas menemui Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hampir sejam di Yayasan Kepimpinan Perdana, hari ini.

Antara projek mega yang akan dikaji semula termasuk projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR).

“Kita mahu lihat sama ada proses itu telus atau tidak. Tugas saya bersama pasukan adalah untuk melihat itu semula.”

Azmin turut bercadang memperluaskan projek perumahan di Selangor ke seluruh negara serta berbincang dengan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mempermudahkan prosedur pinjaman perumahan.

“Kita boleh berbincang untuk buat rumah, tetapi bagaimana hendak dapatkan pinjaman?”

Azmin berkata, Dr Mahathir mahu beliau membantu merancang dasar dan strategi untuk memperkukuh dan membangunkan ekonomi negara.

Semalam, Dr Mahathir mengumumkan senarai 15 menteri Kabinet, termasuk menamakan Azmin sebagai menteri hal ehwal ekonomi.

LIHAT VIDEO DI SINI



Demikianlah Artikel Jika jadi menteri, Azmin janji kaji projek mega diluluskan Najib

Sekianlah artikel Jika jadi menteri, Azmin janji kaji projek mega diluluskan Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jika jadi menteri, Azmin janji kaji projek mega diluluskan Najib dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/05/jika-jadi-menteri-azmin-janji-kaji.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :