Judul : Kerajaan tambah unit PPA1M berharga RM90,000-RM120,000 tahun depan
link : Kerajaan tambah unit PPA1M berharga RM90,000-RM120,000 tahun depan
Kerajaan tambah unit PPA1M berharga RM90,000-RM120,000 tahun depan
ANTARAPOSKUALA LUMPUR: Kerajaan akan menimbang cadangan menambah projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) pada harga RM90,000 hingga RM120,000 selewat-lewatnya tahun depan.
Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata usaha itu bagi membolehkan penjawat awam memiliki kediaman mereka sendiri terutamanya bagi kumpulan golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40).
Katanya usaha itu merupakan penambahbaikan kepada projek perumahan berkenaan seperti yang disuarakan Kongres Kesatuan Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berdasarkan pendapatan penjawat awam.
"Kita akan buat penambahbaikan. Di sesetengah tempat, kita dah buat cuma cabarannya adalah di Lembah Klang kerana perlu teliti isu tanah dan pemberian subsidi atau menggunakan konsep subsidi silang.
"Ada projek, kerajaan boleh beri sehingga 30 peratus peruntukan tetapi kita perlu lihat keseluruhan kos pembinaan," katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Pekerja CUEPACS 2018 hari ini, dipetik Utusan Online.
Beliau berkata setakat ini, sebanyak 200,000 permohonan bagi skim perumahan itu diterima dengan 147,000 daripadanya sedang diproses dan lebih 10,000 lagi telah diluluskan.
Mengenai cadangan menaikkan had gaji minimum penjawat awam, Ali berkata ia perlu dilihat dalam semua aspek yang berkaitan termasuk ekonomi dan hasil.
Terdahulu, Presiden CUEPACS Datuk Azih Muda berkata kerajaan mempunyai keupayaan untuk meningkatkan gaji minimum penjawat awam kepada RM2,500 berdasarkan peningkatan pencapaian ekonomi negara.
"Dengan mengambil perbandingan gaji minimum di China adalah 2,500 yuan (bersamaan RM1,200) pada 2012, kini saiz ekonomi China mencapai AS$15 trilion.
"Ekonomi Malaysia turut berkembang dalam tempoh itu daripada RM690 bilion kepada RM1.23 trilion pada 2017. CUEPACS yakin dengan perkembangan saiz ekonomi Malaysia, kita akan dapat gaji minimum seperti yang diminta," katanya.
Demikianlah Artikel Kerajaan tambah unit PPA1M berharga RM90,000-RM120,000 tahun depan
Sekianlah artikel Kerajaan tambah unit PPA1M berharga RM90,000-RM120,000 tahun depan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kerajaan tambah unit PPA1M berharga RM90,000-RM120,000 tahun depan dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/05/kerajaan-tambah-unit-ppa1m-berharga.html