Ku Li jangka BN kalah, tapi tak seteruk ini

Ku Li jangka BN kalah, tapi tak seteruk ini - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ku Li jangka BN kalah, tapi tak seteruk ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ku Li jangka BN kalah, tapi tak seteruk ini
link : Ku Li jangka BN kalah, tapi tak seteruk ini

Baca juga


Ku Li jangka BN kalah, tapi tak seteruk ini

 
Veteran Umno itu mengelak soalan sama ada Najib ditekan untuk meletakkan jawatan sebagai presiden parti.


Veteran Umno, Tengku Razaliegh Hamzah berkata BN kalah kerana pengundi bandar pulang mengundi di kampung halaman masing-masing.


KUALA LUMPUR: Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah menjangkakan Barisan Nasional (BN) akan kalah pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), tetapi bukan dengan margin besar.

Bagaimanapun, katanya, akan ada turun naik dalam proses demokrasi dan BN berdepan tekanan hebat daripada pembangkang sepanjang tempoh berkempen, terutama di kerusi marginal.

“Kami kalah kerana pengundi bandar pulang ke kampung halaman mereka untuk mengundi.

“Dalam kes di Kelantan, Datuk Husam Musa dari Amanah juga kehilangan kerusi Parlimen dan negeri yang ditandinginya,” katanya selepas menghadiri mesyuarat tertutup dengan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Pemimpin berusia 81 tahun itu turut menasihatkan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad memastikan perpaduan terus terpelira di negara ini.

Ditanya jia ada tekanan ke atas Najib untuk meletak jawatan sebagai presiden Umno, beliau berkata, keputusan itu akan dibuat apabila tiba masanya.

“Saya pasti dia merasai tekanannya. Saya tidak fikir sesiapa boleh menafikannya. Tetapi anda perlu tanya beliau sendiri.”

PH memenangi 113 kerusi pada PRU14 semalam, manakala BN menang 79 kerusi, PAS (18), Warisan (8), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) 1 dan calon bebas (3).



Demikianlah Artikel Ku Li jangka BN kalah, tapi tak seteruk ini

Sekianlah artikel Ku Li jangka BN kalah, tapi tak seteruk ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ku Li jangka BN kalah, tapi tak seteruk ini dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/05/ku-li-jangka-bn-kalah-tapi-tak-seteruk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :