Judul : MB Negeri Sembilan angkat sumpah esok
link : MB Negeri Sembilan angkat sumpah esok
MB Negeri Sembilan angkat sumpah esok
ANTARAPOSSEREMBAN: Istiadat penyerahan watikah pelantikan dan mengangkat sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan yang baru akan diadakan esok, pukul 9.30 pagi di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah.
Istiadat itu dibuat selepas Pakatan Harapan menang dengan majoriti mudah di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Rabu lalu sekali gus berjaya membentuk kerajaan negeri.
Kedua-dua istiadat tersebut akan disempurnakan di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
ADUN Sikamat, Aminuddin Harun disebut-sebut sebagai calon bagi jawatan berkenaan.
Sementara itu, di Kedah pula pengerusi parti-parti komponen PH dijangka menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta di sini petang ini.
Pengerusinya Ahmad Faizal Azumu berkata, ini bertujuan bagi menyelesaikan isu pembentukan kerajaan negeri yang masih tergantung susulan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Menurutnya, pihaknya mahu menghadap tuanku bagi memastikan kestabilan politik di negeri ini.
“Kita hendak menentukan kestabilan politik di Perak supaya rakyat tidak merasa gundah-gulana.
“Kami cuba untuk menyelesaikan perkara ini,” katanya dipetik Utusan Malaysia.
Demikianlah Artikel MB Negeri Sembilan angkat sumpah esok
Sekianlah artikel MB Negeri Sembilan angkat sumpah esok kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel MB Negeri Sembilan angkat sumpah esok dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/05/mb-negeri-sembilan-angkat-sumpah-esok.html