MCA selar pemimpin DAP kerana biadap terhadap Dr M

MCA selar pemimpin DAP kerana biadap terhadap Dr M - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MCA selar pemimpin DAP kerana biadap terhadap Dr M, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MCA selar pemimpin DAP kerana biadap terhadap Dr M
link : MCA selar pemimpin DAP kerana biadap terhadap Dr M

Baca juga


MCA selar pemimpin DAP kerana biadap terhadap Dr M

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
PETALING JAYA: MCA mengutuk keras percubaan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming menggunakan masyarakat Cina sebagai perisai politik dan justifikasi bagi kelakuan buruk beliau dalam satu rakaman ceramah di mana beliau berseloroh tentang kematian Tun Dr Mahathir Mohamad dan mengatakan beliau akan bermain mahjong dengan bekas perdana menteri Singapura, mendiang Lee Kuan Yew, selepas kematiannya kelak.
 
MCA menganggap permohonan maaf pemimpin pembangkang berhubung video ceramah politik yang tular baru-baru ini bukan sahaja tidak ikhlas, tetapi merupakan percubaan menggunakan masyarakat Cina bagi membenarkan kelakuan buruk, celupar dan kasar beliau.
 
Jurucakap MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker dalam kenyataan hari ini berkata, orang Cina Malaysia adalah masyarakat yang sopan dan menghormati, dan tidak boleh sama sekali menerima keceluparan dan sikap tidak hormat Nga terhadap orang yang lebih tua.
 
“DAP dan Nga hilang pedoman dan tidak menghormati orang tua dan pemimpin Melayu. Kenyataan terbukanya tidak sensitif dan berniat jahat terhadap orang Melayu,” kata Ti.
 
Ti berkata, bercakap tentang kematian seseorang adalah dilarang, apatah lagi jika orang tu dicadangkan oleh DAP untuk menjadi perdana menteri mereka sendiri jika terpilih.
 
“Bercakap tentang kematian seorang tua adalah satu sumpahan. Ia tidak boleh diterima sama sekali dan berlawanan dengan adat resam masyarakat Cina,” katanya.
 
Sebelum ini Nga dalam permohohan maafnya berhubung video tersebut mengakui bahasa Mandarin yang digunakannya dalam ceramah itu agak keras dan sinis, tetapi masyarakat orang Cina boleh menerima cara beliau berceramah.
 
Calon DAP di kerusi Parlimen Teluk Intan dalam pilihan raya umum pada 9 Mei depan itu juga berkata, Dr Mahathir adalah “kuda tunggangan” DAP bagi memenangi PRU kali ini.
 
“Pemimpin DAP dua beranak, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng hendaklah mengarahkan beliau meminta maaf atau memberinya amaran atas kelakuan buruknya itu, bukannya mencadangkan beliau dilantik sebagai menteri sekiranya Pakatan Harapan menang”, kata Ti.
 
Ti berkata, keceluparan mulut, sikap kasar dan kelakuan buruk mungkin merupakan budaya dalam DAP dan penyokong parti itu boleh menerimanya, tetapi ia tidak harus melibatkan masyarakat Cina secara keseluruhan.
 
“Hubungan baik antara orang Melayu dan masyarakat Cina sudah tergugat dan tegang berikutan tindak-tanduk DAP, dan kita berharap hubungan baik serta perpaduan yang sedia terbina sejak kemerdekaan itu tidak terus dirosakkan,” tambahnya.
 
 


Demikianlah Artikel MCA selar pemimpin DAP kerana biadap terhadap Dr M

Sekianlah artikel MCA selar pemimpin DAP kerana biadap terhadap Dr M kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MCA selar pemimpin DAP kerana biadap terhadap Dr M dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/05/mca-selar-pemimpin-dap-kerana-biadap.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :