Musa Aman bukan lagi ketua menteri Sabah – Istana Negeri

Musa Aman bukan lagi ketua menteri Sabah – Istana Negeri - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Musa Aman bukan lagi ketua menteri Sabah – Istana Negeri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Musa Aman bukan lagi ketua menteri Sabah – Istana Negeri
link : Musa Aman bukan lagi ketua menteri Sabah – Istana Negeri

Baca juga


Musa Aman bukan lagi ketua menteri Sabah – Istana Negeri

THE MALAYSIAN TIMES
 


KOTA KINABALU: Setiausaha Sulit kepada Yang Dipertua Negeri Sabah, Abinan Asli hari ini menyampaikan surat pemberitahuan bahawa Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Tan Sri Musa Aman bukan lagi ketua menteri Sabah.

Ketika ditemui pemberita di sini, Abinan berkata beliau menghantar surat itu melalui setiausaha sulit Musa, Effendy Mohamed Sunoh, pada pukul 11.34 pagi selepas gagal menyampaikan surat itu di kediaman peribadi Musa.

Beliau berkata pemberitahuan itu berkuat kuasa 12 Mei lepas.

Terdahulu, rombongan Istana Negeri diketuai Abinan tiba di kediaman peribadi Musa pukul 11.05 pagi dan menunggu kira-kira 20 minit di luar rumahnya untuk menyampaikan surat berkenaan, namun gagal.

Sejurus itu, rombongan berkenaan berjaya berjumpa dengan Effendy untuk menyampaikan surat itu.

“Saya tidak akan membuka surat ini. Saya hanya menerima dan akan disampaikan kepada yang berkenaan,” katanya kepada Abinan selepas menandatangani borang penerimaan surat itu.

Musa mengangkat sumpah sebagai ketua menteri Sabah pada 10 Mei malam setelah parti itu memperoleh majoriti mudah dengan memenangi 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) setelah bergabungan dengan Parti Solidariti Tanah Airku (Star) yang memperoleh dua kerusi.

Pada 12 Mei malam, Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah ke-15 di Istana Negeri di sini dan sekali gus menggantikan kerajaan gabungan BN dan Star selepas hilang majoriti mudah.

Mohd Shafie dilantik Ketua Menteri selepas memperoleh majoriti mudah 35 kerusi yang dimenangi Parti Warisan bersama sekutunya dalam Pakatan Harapan, PKR dan DAP serta enam ADUN daripada BN iaitu empat daripada UMNO dan dua daripada UPKO yang berpaling tadah kepada parti Warisan.



Demikianlah Artikel Musa Aman bukan lagi ketua menteri Sabah – Istana Negeri

Sekianlah artikel Musa Aman bukan lagi ketua menteri Sabah – Istana Negeri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Musa Aman bukan lagi ketua menteri Sabah – Istana Negeri dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/05/musa-aman-bukan-lagi-ketua-menteri.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :