Nazir nampak bayangan kesungguhan bapa pada Mahathir

Nazir nampak bayangan kesungguhan bapa pada Mahathir - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nazir nampak bayangan kesungguhan bapa pada Mahathir, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nazir nampak bayangan kesungguhan bapa pada Mahathir
link : Nazir nampak bayangan kesungguhan bapa pada Mahathir

Baca juga


Nazir nampak bayangan kesungguhan bapa pada Mahathir

MALAYSIAKINI

   
PRU14 | Seorang adik Datuk Seri Najib Razak hari ini secara terbuka memuji perdana menteri yang baru dilantik, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kata Datuk Seri Nazir Razak, Dr Mahathir sentiasa tidak lupa untuk mengenang kehebatan perdana menteri kedua Malaysia, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

Keadaan itu berlaku walaupun Dr Mahathir mempunyai hubungan tegang dengan Najib yang baru dikalahkan Pakatan Harapan (HARAPAN).

"Kedua-dua mereka berkongsi kesungguhan yang sama iaitu membangunkan negara sebaik mungkin dan melangkaui pengorbanan peribadi," katanya dalam satu hantaran di Instagram hari ini.

Dr Mahathir dilantik secara rasmi sebagai perdana menteri ketujuh selepas mengangkat sumpah di Istana Negara malam tadi.

Walaupun mengetuai pakatan empat parti pembangkang utama menentang BN, Dr Mahathir sering menceritakan kebaikan bapa Nazir dan Najib dalam ceramah atau ucapannya.

Untuk rekod Najib ialah pengerusi BN. Dalam pilihan raya umum pada 9 Mei lalu parti itu kehilangan kuasa selepas gagak mendapat kerusi majoriti di parlimen.

Secara keseluruhan BN hanya mendapat 79 kerusi parlimen berbanding 122 HARAPAN. PAS pula cuma memperoleh 18 kerusi.

Nazir yang juga pengerusi kumpulan perbankan CIMB dilihat lebih terbuka dan pernah beberapa kali memberikan pandangan tidak sehaluan dengan dasar kerajaan yang ketika itu diketuai abangnya.

Kata Nazir tiada perkataan yang dapat menggambarkan bagaimana perjalanan Dr Mahathir kembali semula ke jawatan yang pernah didudukinya sebelum ini.




Dr Mahathir menjadi perdana menteri mulai Julai 1981 sebelum meletakkan jawatan pada Okt 2003.

Kata Nazir Malaysia turut berjaya membuktikan kewibawaannya di mata dunia apabila berjaya melakukan peralihan kuasa sesuai dengan kehendak rakyat.

"Saya doakan perdana menteri baru serta pasukannya berjaya membina Malaysia baru seperti yang digambarkan dalam manifesto HARAPAN," katanya.

Nazir berkata Malaysia memerlukan perubahan pada masa lalu tetapi ia tidak dapat dilakukan kerana kepentingan tertentu.

"Seperti yang pernah saya katakan, Malaysia perlukan perubahan besar tetapi semua percubaan untuknya di bawah kerajaan lama gagal disebabkan oleh struktur yang ketat serta kepentingan yang ada. Kini ia boleh dilakukan," katanya.



Demikianlah Artikel Nazir nampak bayangan kesungguhan bapa pada Mahathir

Sekianlah artikel Nazir nampak bayangan kesungguhan bapa pada Mahathir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nazir nampak bayangan kesungguhan bapa pada Mahathir dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/05/nazir-nampak-bayangan-kesungguhan-bapa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :