Judul : Nga Kor Ming persenda usia Dr Mahathir dalam video tular [TONTON VIDEO]
link : Nga Kor Ming persenda usia Dr Mahathir dalam video tular [TONTON VIDEO]
Nga Kor Ming persenda usia Dr Mahathir dalam video tular [TONTON VIDEO]
ANTARAPOSIPOH: Satu lagi video membabitkan Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming kini sedang tular di media sosial, lapor The Star Online.
Video seminit 53 saat dinaikkan di Facebook “Gerak Perak” itu dikatakan menunjukkan Nga menyatakan di satu ceramah bahawa Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mempunyai masa lama lagi untuk hidup.
Pemimpin DAP itu didengar memberitahu hadirin bahawa DAP akan menggunakan Dr Mahathir dan kemudian “beliau boleh menyertai (bekas PM Singapura) Lee Kuan Yew untuk bermain mahjong”.
Beliau juga menyanyi serangkap lagu klasik China bertajuk “Goodbye My Love” untuk menandakan “pemergian” Dr Mahathir selepas mantan PM itu sudah dipergunakan.
Katanya, Lee yang meninggal dunia pada 2015, sedang menunggu Dr Mahathir “di atas” untuk bermain mahjong kerana beliau masih tidak cukup seorang pemain.
“Lee sedang memanggil dia (Mahathir), bilakah dia akan naik ke atas.
“Tetapi beliau (Mahathir) berkata, beliau mempunyai satu lagi tugas, iaitu untuk menjatuhkan kerajaan,” dakwa pemimpin DAP itu.
Nga menggesa orang ramai supaya membantu pemimpin berusia 93 tahun itu mencapai matlamatnya untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional.
“Kita percaya ini adalah “konsert terakhirnya”. Jom kita bantu Lou Ma (merujuk kepada Dr Mahathir).”
Pada PRU14 ini, Nga menentang penyandang Datuk Seri Mah Siew Keong yang juga Presiden Gerakan di kerusi Parlimen Teluk Intan.
Beliau juga bertanding di kerusi DUN Aulong menentang Soo Kay Peng dari BN.
Dalam satu kenyataan lewat semalam, Nga meminta maaf di atas bahasa yang digunakan dalam ceramah bahasa Mandarin agak keras dan penuh sinis namun mendakwa masyarakat Cina dapat menerima cara beliau berceramah.
Demikianlah Artikel Nga Kor Ming persenda usia Dr Mahathir dalam video tular [TONTON VIDEO]
Sekianlah artikel Nga Kor Ming persenda usia Dr Mahathir dalam video tular [TONTON VIDEO] kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Nga Kor Ming persenda usia Dr Mahathir dalam video tular [TONTON VIDEO] dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/05/nga-kor-ming-persenda-usia-dr-mahathir.html