Penyokong botakkan kepada tanda bersyukur, bayar nazar

Penyokong botakkan kepada tanda bersyukur, bayar nazar - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penyokong botakkan kepada tanda bersyukur, bayar nazar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penyokong botakkan kepada tanda bersyukur, bayar nazar
link : Penyokong botakkan kepada tanda bersyukur, bayar nazar

Baca juga


Penyokong botakkan kepada tanda bersyukur, bayar nazar


 




Pelbagai cara dilakukan para penyokong Pakatan Harapan (PH) bagi menzahirkan kesyukuran selepas gabungan politik itu berjaya membentuk kerajaan di peringkat persekutuan.

Pengerusi Pertubuhan Veteran Perwira Negara Malaysia (PVPNM), Azizan Salleh (foto) contohnya sanggup membotakkan kepala sebagai tanda kegembiraan.

Bekas anggota tentera yang lebih dikenali sebagai Azizan Memali itu ialah penyokong tegar Pas dan memberi sokongan penuh kepada PH untuk mengambil alih tampuk pemerintahan daripada BN.

Malah katanya, kekalahan BN pada kali ini amat melegakan beliau sebagai seorang pesara tentera.

“Bagi menunaikan nazar saya sekiranya PH menang maka semalam saya membotakkan kepala.

“Kemenangan PH kali ini amat kami harapkan kerana sebelum ini nasib bekas tentera tidak diberi pembelaan wajar oleh kerajaan pimpinan BN.
“Kami amat berharap selepas ini kajian dapat dijalankan bagi mengenal pasti sebahagian besar bekas tentera yang berpencen mahupun tidak berpencen hidup melarat selepas persaraan mereka,” ujarnya.
Beliau juga berkata, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan BN mesti mencari punca mengapa rakyat menolak mereka walaupun pada saat-saat akhir tawaran politik terus diberikan.

“Walaupun Najib menawarkan kenaikan BR1M seratus peratus, sehari sebelum pilihan raya umum, terbukti bukan itu yang menjadi keinginan majoriti rakyat.

“Tawaran menghapuskan GST serta pelbagai lagi tawaran yang mampu mengurangkan beban rakyat oleh PH ternyata mampu menerima keyakinan rakyat.

“Maka itu dalam tempoh lima tahun ini PH harus diberi peluang untuk menunaikan apa yang mereka janjikan bagi membawa perubahan termasuk membela nasib lambakan bekas tentera yang melarat kini,” tegasnya lagi.

Menurut Azizan, PVPNM mempunyai senarai bekas tentera yang amat memerlukan pembelaan di seluruh negara.

“Kami akan membantu kerajaan PH untuk melihat dengan lebih dekat kesahihan kemelaratan hidup bekas tentera di segenap pelosok negara.

“Ada yang bertongkat, ada yang hilang kaki dan ada juga yang hilang tangan dan anggota badan yang lain.

“Masih ada yang terpaksa berhempas pulas mencari sesuap nasib dengan keringat yang terbatas walaupun telah berkhidmat dengan tentera lebih dari 20 tahun, ” katanya lagi.

Oleh kerana itu jelasnya, amat diharapkan reformasi yang dibawa pada kali ini tidak meminggirkan bekas-bekas tentera yang telah berjuang untuk mempertahankan negara sejak sebelum merdeka maupun pada zaman komunis di negara ini.



Di SEPANG, seorang penyokong PH turut membotakkan kepala selepas calon PKR-AMANAH Mohamed Hanipa Maidin menang dalam pertandingan tiga penjuru menghadapi calon BN dan Pas.

Penyokong yang dikenali sebagai Pandak (foto) itu menghantar foto kepalanya yang sudah dicukur kepada Hanipa.

“Menang bergaya, botakkan kepala kemenangan YB Sepang,” mesejnya kepada Hanipa.



Demikianlah Artikel Penyokong botakkan kepada tanda bersyukur, bayar nazar

Sekianlah artikel Penyokong botakkan kepada tanda bersyukur, bayar nazar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penyokong botakkan kepada tanda bersyukur, bayar nazar dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/05/penyokong-botakkan-kepada-tanda.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :