Projek ECRL masih tidak berubah, berjalan lancar, kata duta China

Projek ECRL masih tidak berubah, berjalan lancar, kata duta China - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Projek ECRL masih tidak berubah, berjalan lancar, kata duta China, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Projek ECRL masih tidak berubah, berjalan lancar, kata duta China
link : Projek ECRL masih tidak berubah, berjalan lancar, kata duta China

Baca juga


Projek ECRL masih tidak berubah, berjalan lancar, kata duta China

 
Duta Besar China ke Malaysia berkata projek itu sudah bermula dan kini berjalan lancar dengan kontraktor utama bekerja rapat dengan pemilik projek.


Gambar Fail


KUALA LUMPUR: Belum ada perubahan dibuat setakat ini ke atas projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL), kata Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian.

Beliau berkata projek itu sudah bermula dan kini berjalan lancar, dengan kontraktor utama, China Communications Construction Company Ltd, bekerja rapat dengan pemilik projek, Malaysia Rail Link Sdn Bhd.

“Setakat saya tahu, tidak ada perubahan dalam projek ECRL,” katanya pada sidang media selepas melawat anak kedua pasangan panda gergasi, Xing Xing dan Liang Liang di Pusat Pemuliharaan Panda Gergasi di Zoo Negara hari ini.

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mahu mengkaji semula semua projek mega asing bagi membantu mengurangkan perbelanjaan dan hutang negara.

Antara projek tersebut ialah ECRL sepanjang 688 km, menghubungkan Pelabuhan Klang dan Kota Bharu dianggarkan menelan belanja kira-kira RM55 bilion dan dijadual siap pada 2024.

Bai menemui Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Khamis lepas dan beliau memberi jaminan mengenai prospek kerjasama lebih luas antara Malaysia dan China.

“Kami merasakan kerajaan baru Malaysia mengutamakan hubungan penting Malaysia-China dan banyak kemungkinan lain.

“Kami yakin Malaysia dan China akan mempunyai pembangunan lebih besar,” katanya dan menambah hubungan Malaysia-China akan terus makmur di bawah kerajaan baru.

Bai berkata China dan Malaysia sudah menikmati hubungan 2 hala yang baik sejak 44 tahun lepas, termasuk 22 tahun semasa Dr Mahathir menjadi perdana menteri sebelum ini (1998–2003).

Beliau berkata hubungan baik akan terus dikekalkan tanpa mengira perubahan yang berlaku dalam negara di kedua-dua negara atau dunia



Demikianlah Artikel Projek ECRL masih tidak berubah, berjalan lancar, kata duta China

Sekianlah artikel Projek ECRL masih tidak berubah, berjalan lancar, kata duta China kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Projek ECRL masih tidak berubah, berjalan lancar, kata duta China dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/05/projek-ecrl-masih-tidak-berubah.html

Subscribe to receive free email updates: