Judul : Pulihkan Malaysia agar dihormati semula, kata Dr M
link : Pulihkan Malaysia agar dihormati semula, kata Dr M
Pulihkan Malaysia agar dihormati semula, kata Dr M
Katanya ia perjuangan agar negara dapat kembali ditadbir baik dan berjaya dalam pembangunan serta dikenali sebagai negara yang mampu mendirikan diri sendiri.
Dr Mahathir berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana hari ini.
Katanya ia merupakan perjuangan agar negara dapat kembali ditadbir dengan baik dan berjaya dalam pembangunan serta dikenali sebagai negara yang mampu mendirikan diri sendiri atas usaha sendiri.
“Kita harus sedar sekarang negara kita tidak dihormati seperti dahulu. Saya amat kecewa kerana sebuah pentadbiran yang dahulu dikenali sebagai terbaik dalam Komanwel kerana dapat menjalankan tugas dengan baik dan melaksanakan program serta perancangan dengan jayanya, tetapi hari ini kita dapati negara ini tidak lagi dihormati dan pentadbir tidak lagi dipandang tinggi,” katanya.
Dr Mahathir berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dataran Perdana hari ini.
Pada majlis itu, beliau turut mengingatkan warga JPM akan pemisahan kuasa dalam sistem demokrasi iaitu pemerintah (Eksekutif), perundangan (Legislatif) dan Kehakiman bagi mewujudkan semak dan imbang untuk negara kembali dihormati.
“Permisahan ini sangat penting, kalau tiada ‘check and balance’ seperti ini, tetap akan berlaku sesuatu tidak baik, yang tidak dapat ditegur, tidak dapat dihalang dan ditentang. Ini kita harus ingat.
Pentadbir menjadi tangan terkuat dalam melaksanakan segala urusan untuk membangunkan negara.
“Pentadbir mestilah terdiri daripada pentadbi baik dan tidak terpesong kerana sebab-sebab lain. Ini amat penting sekali dan saya yakin, anda (pentadbir) semua tahu kita sebagai pentadbir mestilah akur kepada sistem pemerintahan negara kita iaitu sistem demokrasi,” tegas perdana menteri.
Katanya, jika pemisahan kuasa itu tidak wujud, satu pihak akan menguasai ketiga-tiga cabang tersebut dan pihak berkenaan tidak lagi ditegur atau ditentang serta boleh melakukan apa-apa sahaja termasuk yang bertentangan dengan undang-undang negara.
Atas sebab itulah kata beliau negara mesti mempunyai 3 cabang terbabit khususnya pentadbiran yang memainkan peranan penting dan golongan pentadbir pula mesti terdiri daripada anggota yang berpegang pada ikrar untuk berkhidmat kepada negara tanpa dipesong oleh lain-lain perkara.
“Contohnya, kalau kita suruh dilakukan sesuatu bertentangan undang-undang negara, menjadi tanggungjawab pentadbir negara untuk tidak menerima sesuatu yang salah dan disuruh melakukannya. Kita lihat dalam beberapa tahun lepas ini, pentadbir tidak mempunyai kuasa untuk menegur dan menentang apabila disuruh melakukan (sesuatu) yang bertentangan dengan undang-undang negara,” katanya.
Demikianlah Artikel Pulihkan Malaysia agar dihormati semula, kata Dr M
Sekianlah artikel Pulihkan Malaysia agar dihormati semula, kata Dr M kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pulihkan Malaysia agar dihormati semula, kata Dr M dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/05/pulihkan-malaysia-agar-dihormati-semula.html