Judul : Senarai itu panjang, kata sumber mengenai larangan imigresen
link : Senarai itu panjang, kata sumber mengenai larangan imigresen
Senarai itu panjang, kata sumber mengenai larangan imigresen
Norman GohEKSKLUSIF l Satu lagi senarai nama mereka yang seharusnya berada di senarai hitam Jabatan Imigresen sudah dikemukakan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kata sumber kerajaan.
Nama dalam senarai awal, kata sumber itu, telah dikuatkuasakan.
"Senarai kedua yang telah disampaikan kepada perdana menteri untuk kelulusannya dijangka dikuatkuasakan tidak lama lagi," katanya kepada Malaysiakini.
Sumber itu berkata senarai berkenaan berkaitan dengan 1MDB dan kes-kes lain yang sedang disiasat.
"Ia adalah langkah pencegahan untuk mengelakkan mereka yang terbabit atau bakal terlibat tidak lama lagi dalam siasatan. Sekatan ke atas mereka akan menghalang perlunya proses ekstradisi pada kemudian hari," katanya.
Walau bagaimanapun, sumber itu enggan mendedahkan sebarang butiran lanjut mengenai nama mahupun bilangan yang berada dalam senarai berkenaan.
"Apa yang saya boleh katakan adalah senarai itu panjang," katanya.
Spekulasi bertiup kencang bahawa antara mereka dalam senarai itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy dan Peguam Negara Mohamed Apandi Ali.
Malaysiakini juga telah menghubungi Ketua Pengarah Imigresen Mustafar Ali mengenai perkara ini dan sedang menunggu jawapannya.
Pada Sabtu lalu, bekas Perdana Menteri Najib Razak dan isterinya, Rosmah Mansor, dihalang daripada ke luar negara.
Ini adalah selepas jadual penerbangan mereka menjadi tular di media sosial yang mendakwa bekas perdana menteri itu akan terbang ke Indonesia dengan sebuah jet peribadi.
Bercakap kepada Malaysiakini, sumber yang rapat dengan Najib berkata kedua-dua mereka mahu berehat selama dua hari.
Mahathir kemudian mengesahkan beliau bertanggungjawab mengarahkan Jabatan Imigresen untuk menyenaraihitamkan Najib.
Demikianlah Artikel Senarai itu panjang, kata sumber mengenai larangan imigresen
Sekianlah artikel Senarai itu panjang, kata sumber mengenai larangan imigresen kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Senarai itu panjang, kata sumber mengenai larangan imigresen dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/05/senarai-itu-panjang-kata-sumber.html