Judul : SPR nafi kertas undi tidak dicop
link : SPR nafi kertas undi tidak dicop
SPR nafi kertas undi tidak dicop
THE MALAYSIAN TIMES
PUTRAJAYA: Hasil semakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati isu kertas undi tidak dicop yang berlaku di sebuah pusat mengundi tidak benar, sebagaimana yang tular di media sosial, kata Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.
Menurut beliau, sekiranya ada berlaku kesilapan ia adalah kes terpencil dan pengundi tidak perlu bimbang jika kertas undi berkenaan dikeluarkan secara sah.
“Jika Ketua Tempat Mengundi (KTM) berpuas hati bahawa kertas undi dikeluarkan secara sah dan ia hanya kesilapan petugas dalam salurannya, maka KTM berkenaan tidak boleh menolak mana-mana kertas undi apabila ia dikeluarkan secara sah,” katanya pada sidang media Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Menara SPR di sini hari ini.
Beliau lalu menasihatkan pengundi tidak terpedaya dengan mesej tular yang kononnya SPR
melakukan penipuan kerana proses itu disaksikan semua pihak berkepentingan termasuk ejen calon.
Mohd Hashim percaya mesej tular berkenaan hanya bertujuan untuk menimbulkan situasi panik dan curiga di kalangan pengundi terhadap SPR.
Demikianlah Artikel SPR nafi kertas undi tidak dicop
Sekianlah artikel SPR nafi kertas undi tidak dicop kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel SPR nafi kertas undi tidak dicop dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/05/spr-nafi-kertas-undi-tidak-dicop.html