SPR, SPRM dalam senarai agensi disiasat Mahathir

SPR, SPRM dalam senarai agensi disiasat Mahathir - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SPR, SPRM dalam senarai agensi disiasat Mahathir, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SPR, SPRM dalam senarai agensi disiasat Mahathir
link : SPR, SPRM dalam senarai agensi disiasat Mahathir

Baca juga


SPR, SPRM dalam senarai agensi disiasat Mahathir



(dari kiri) Datuk Mohd Hashim Abdullah dan  Datuk Zulkifli Ahmad


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya gagal melaksanakan tanggungjawab masing-masing untuk menangani rasuah dan pilihan raya bersih.

Beliau berkata kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) akan meneliti Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Mohd Hashim Abdullah ketika mengendalikan proses pilihan raya.

“Jika kita mendapati dia terlibat dalam beberapa amalan rasuah, berat sebelah dan semua itu, kita perlu mengambil tindakan terhadapnya,” katanya pada sidang media di  Yayasan Al Bukhary di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau juga berkata, SPR telah memanipulasi pilihan raya di Sabah berkaitan dengan  pengiraan undi yang dijalankan.

Mengenai SPRM pula , Dr Mahathir berkata, perubahan boleh dibuat kepada hierarki SPRM sekiranya didapati bahawa suruhanjaya itu gagal bertindak secara adil.

“Kami akan mengkaji sama ada SPRM adil atau tidak, jika mereka berat sebelah dalam apa jua cara, termasuk kepada diri sendiri (mereka yang berada di Pakatan Harapan), kita perlu mengubahnya.

“Seperti yang dijanjikan, ketua-ketua kerajaan (agensi) yang baharu akan diselidiki oleh Parlimen,” katanya.

Terdahulu, Mahathir menyebut Pilihan Raya Umum ke-14 sebagai contoh bagaimana SPRM menafikan wujudnya  asas kepada rasuah.

“Sepanjang pilihan raya, SPRM seolah-olah mengabaikan hakikat bahawa rasuah berleluasa. Dalam dua hari terakhir, sebagai contoh, tidak ada ucapan yang dibuat, hanya wang yang diedarkan.

“Kami akan menyiasat dengan betul semua perkara ini kerana kami mahu mengikut undang-undang dan bukannya membalas dendam,” katanya.



Demikianlah Artikel SPR, SPRM dalam senarai agensi disiasat Mahathir

Sekianlah artikel SPR, SPRM dalam senarai agensi disiasat Mahathir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SPR, SPRM dalam senarai agensi disiasat Mahathir dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/05/spr-sprm-dalam-senarai-agensi-disiasat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :