Tuan Ibrahim: Serangan pada Nik Omar melampau

Tuan Ibrahim: Serangan pada Nik Omar melampau - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tuan Ibrahim: Serangan pada Nik Omar melampau, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tuan Ibrahim: Serangan pada Nik Omar melampau
link : Tuan Ibrahim: Serangan pada Nik Omar melampau

Baca juga


Tuan Ibrahim: Serangan pada Nik Omar melampau

MALAYSIAKINI

   

PRU14 | Belum sempat 24 jam selepas membuat luahan terbuka di media sosial, PAS hari ini dililhat menjarakkan dirinya daripada pendirian Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Dalam satu kenyataan hari ini Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata sesuatu kenyataan mengenai pendirian parti hanya diiktiraf jika keluar daripada pimpinan utama.

Bagi kenyataan lain, kata Tuan Ibrahim, PAS tidak akan bertanggungjawab.

"PAS ingin tegaskan hanya kenyataan pimpinan utama sahaja adalah kenyataan rasmi parti, manakala kenyataan lain, PAS tidak bertanggungjawab," katanya.

Semalam, Nik Abduh yang juga anggota Jawatankuasa Pusat PAS membuat hantaran di Facebook bagi menjelaskan pendirian beliau dalam isu pembabitan abangnya dalam Pakatan Harapan.

Calon PAS untuk parlimen Bachok itu antara lain memetik nama ibu mereka, Tuan Sabariah Tuan Ishak.

Di hujung tulisan itu dicatatkan ayat berikut: "Siapa kita tanpa bonda? Sekadar air mani terbuang hina."




Kenyataan keras dan penggunaan bahasa yang dianggap tidak wajar itu memang mengejutkan ramai orang.

Untuk rekod, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menerbitkan surat terbuka semalam. Namun tidak seperti Nik Abduh, kenyataan calon parlimen Marang itu bersifat lebih umum, iaitu menyasarkan anak-anak bekas pemimpin PAS yang memilih parti lain sebagai wadah politik mereka.

Dalam surat itu Abdul Hadi turut menggunakan contoh kisah Nabi Nuh dan anak baginda yang enggan beriman kepada Allah.

Awasi perang saraf

Kata Tuan Ibrahim kenyataan dibuat oleh Nik Abduh itu hanya mewakili pandangan keluarga terbabit saja dan tidak perlu ada kenyataan lain dikeluarkan.

"Tindakan beliau (Nik Omar) bertanding atas tiket Pakatan Harapan adalah urusan dan pilihan beliau sendiri yang tidak perlu diperbesarkan.

"PAS menganggap sebarang kenyataan melampau yang menyerang beliau (Nik Omar) adalah tindakan yang keterlaluan," katanya.




Tambah Tuan Ibrahim, dalam sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia seseorang itu bebas memilih mana-mana parti yang diingini. "Perkara ini bukan perkara baru dalam politik Malaysia.

Terlalu banyak kes yang berlaku semasa atau sebelum ini," jelas beliau.

Sementara itu Tuan Ibrahim mengingatkan anggota dan penyokong PAS supaya berhati-hati dengan permainan perang saraf serta berita palsu yang sengaja disebarkan untuk menarik sokongan orang ramai.




"Dalam situasi media sosial yang terbuka, permainan saraf akan terus menyubur dan digunakan secara dahsyat untuk mencipta fitnah menipu rakyat untuk menolak musuh politik.

"Contohnya, tidak mustahil ada musuh yang menyamar penyokong PAS lalu mengeluarkan kenyataan melampau dengan sengaja, tapi sebenarnya bukan daripada ahli PAS," katanya.




Demikianlah Artikel Tuan Ibrahim: Serangan pada Nik Omar melampau

Sekianlah artikel Tuan Ibrahim: Serangan pada Nik Omar melampau kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tuan Ibrahim: Serangan pada Nik Omar melampau dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/05/tuan-ibrahim-serangan-pada-nik-omar.html

Subscribe to receive free email updates: