Judul : Umno masih kuat, Dr M terpaksa tumpang sokongan pembangkang
link : Umno masih kuat, Dr M terpaksa tumpang sokongan pembangkang
Umno masih kuat, Dr M terpaksa tumpang sokongan pembangkang
Oleh Yusuf AbidinTidak dapat dinafikan yang menyokong Dr Mahathir adalah rakan pimpinan lamanya. Mereka sudah hilang sentuhan dalam Umno, lantas terpaksa berpaut pada ranting rapuh untuk survival politik dengan berbaik dengan DAP.
Adakah sokongan orang Melayu beralih dari Umno, selepas Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin meninggalkan Umno?
Bagaimana pula dengan kehadiran Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Rafidah Aziz dalam kempen pembangkang, adakah orang Umno akan mengikut jejak mereka?
Bagaimana dengan Tan Sri Rais Yatim? Berpalingkah sokongan Umno kepada dirinya? Siapa lagi kepimpinan Umno yang tampil menyokong Pakatan Harapan (PH) dan menolak Umno?
Berapa banyak cawangan yang diisytiharkan tutup kerana mahu menyokong PH – khususnya mengikuti Dr Mahathir dan Muhyiddin yang sepatutnya berpengaruh dalam Umno.
Nampaknya gerombolan ini sahaja yang dibawa masuk oleh bekas perdana menteri dan timbalan perdana menteri yang dipecat Umno itu.
Tidak nampak gerombolan besar, kecuali veteran bertiga ini – Daim, Rafidah dan Rais. Itu pun Rais berhati-hati kerana beliau belum dipecat Umno.
Adakah ini tidak membuktikan Dr Mahathir sebagai pemacu kempen PH, gagal dalam usaha mengalih pandangan orang Umno dari Umno ke PH atau PPBM?
Adakah ini tidak jelas kepada kita, Umno tidak banyak tergores dengan tindakan-tindakan mereka dan orang Melayu masih berpegang kepada Umno sebagai wadah perjuangan mereka?
Begitu juga Muhyiddin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir, adakah benar Umno Johor dan Kedah roboh kerana mereka meninggalkan Umno? Adakah sokongan orang Melayu mengikuti mereka?
Ternyata tidak dan mereka tidak berpengaruh seperti yang digambarkan PKR, DAP dan Amanah. Mereka tidak berjaya meraih sokongan Umno kerana parti itu masih utuh – PH pasti menghadapi masalah dalam pilihan raya umum ke-14.
Apa yang kita saksikan ialah mereka ini mengharapkan penyokong pembangkang menyokong mereka. Mengharapkan mereka sebagai bekas kepimpinan Umno untuk mendapatkan sokongan, jauh sekali dan ahli Umno masih meletak kepercayaan kepada Datuk Seri Najib Razak berbanding Dr Mahathir dan Muhyiddin.
Kesatuan yang kukuh dalam Umno menyebabkan gabungan rapuh PH gagal menarik minat orang Melayu menyertai mereka. Lebih daripada itu, Dr Mahathir dan Muhyiddin dalam keadaan itu ternyata hanya menumpang sokongan parti pembangkang lain seperti DAP.
Benar, apa yang dikatakan Najib, Umno masih utuh dan apa yang kita lihat dalam kehebatan setiap ceramah yang ada adalah sokongan daripada DAP.
Benar, apa yang dikatakan Najib, Melayu tidak berganjak daripada menyokong Umno, hanya penyokong DAP sahaja yang hadir dan memberi sokongan kepada Dr Mahathir. Kita tidak melihat ini dari sudut perkauman – kita lihat dari sudut kepartian.
Cuba fikirkan, Dr Mahathir selama ini menekan DAP, menghentam mereka sebagai cauvinis Cina dan berbakul-bakul serangan terhadap DAP selama mana Dr Mahathir menerajui Umno.
Adakah tidak kelihatan pada kita – DAP menghulur tangan kepada Dr Mahathir sebenarnya dengan matlamat sendiri? Adakah pada pendapat kita, kelak suara DAP akan menjadi penentu kepada PH dan sekiranya PH menang, suara DAP akan menjadi lebih lantang menuntut kehendak parti tersebut.
Ini bukan hipotesis karut. Sekiranya ini berlaku, wakil Melayu dalam PH akhirnya sekadar kulit dan terasnya dipunyai DAP.
Tidak dapat dinafikan yang menyokong Dr Mahathir adalah rakan pimpinan lamanya. Mereka sudah hilang sentuhan dalam Umno, lantas terpaksa berpaut pada ranting rapuh untuk survival politik dengan berbaik dengan DAP.
Ini bukan senario yang baik kepada Dr Mahathir. Mungkin yang tinggal itu sahaja yang menganggap Dr Mahathir sebagai pemimpin berpotensi untuk mengurus tadbir semula Malaysia, sedangkan yang lain sedar keadaan dalam pembangkang, sedar Umno masih relevan untuk orang Melayu.
*Yusuf Abidin ialah pembaca FMT.
Demikianlah Artikel Umno masih kuat, Dr M terpaksa tumpang sokongan pembangkang
Sekianlah artikel Umno masih kuat, Dr M terpaksa tumpang sokongan pembangkang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Umno masih kuat, Dr M terpaksa tumpang sokongan pembangkang dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/05/umno-masih-kuat-dr-m-terpaksa-tumpang.html