Warkah buat Ayoh Chik

Warkah buat Ayoh Chik - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Warkah buat Ayoh Chik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Warkah buat Ayoh Chik
link : Warkah buat Ayoh Chik

Baca juga


Warkah buat Ayoh Chik

Al-Abror Mohd Yusuf

    Kepangkuan Ayoh Chik yang dihormati,

Pertama-tamanya saya mohon maaf kepada Ayoh Chik kerana menulis surat terbuka ini pada hari ini. Ketika kebanyakan orang lain sedang besenang-lenang bersama keluarga di rumah atau luar rumah.

Saya - seperti marhaen lain - masih saja perlu bekerja mencari nafkah sesuap nasi. Nasi itu saya pastikan seboleh mungkin biar halal ketika ia melalui tekak ini agar jika menjadi daging, tidaklah ia menjadi asbab untuk diazab di neraka.

Sebenarnya Ayoh Chik, saya mengenali susuk Ayoh Chik ini sudah lama benar. Dulu-dulu sewaktu zaman kaset berlubang dua dan bersisi dua itu, berlambak-lambak syarahan Ayoh Chik di rumah saya.

Satu daripadanya yang saya ingat ialah kaset dengan gambar kulitnya memaparkan sepasang kaki helang dengan kuku tajam sedang mencengkam. Jika tidak silap, ada juga gambar senjata api seperti mesingan. Warna latar gambar itu tentulah hijau.



Ayoh Chik bersyarah di dalam itu kaset mengenai zalimnya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Memang zalim benar akta itu.

Salah seorang individu yang memperkenalkan saya kepada Ayoh Chik ialah abang saya. Dia abang sulung. Dia pernah menjadi setiausaha Umno pada awal-awal 1970-an dulu.

Biasalah, dia cikgu. Dapat masuk universiti pula. Itu ialah zaman apabila nama orang yang dapat masuk ke universiti dipaparkan di dalam akhbar harian.

Dipendekkan cerita, dia menjadi cikgu dan entah macam mana menjadi dekat - sekejap - dengan Umno. Kemudian dia mula berjinak-jinak dengan PAS. Dan hingga sekarang dia memang jinak pada PAS.

Beberapa minggu lalu, dia bercakap tentang syurga dan neraka, dosa dan pahala. Puncanya, kisah tentang ucapan Ayoh Chik di Pulau Pinang itulah. Katanya, kami membuat berita yang tidak benar.

Ucapan Ayoh Chik itu kami siar separuh-separuh sehingga Ayok Chik nampak begitu angkuh.

Lalu saya tunjukkan kepada dia berita yang tersiar, bersekali dengan laporan oleh portal yang menjadi lidah rasmi parti Ayoh Chik.

Malaysiakini menyiarkan laporan itu sepanjang 25 perenggan, manakala Harakahdaily - setakat kali terakhir saya semak hari ini - sebanyak empat perenggan.

Tapi seperti yang saya katakan tadi, ramai benar orang PAS yang beristiqamah. Kepada apa atau siapakah mereka istiqamah adalah hal yang berbeza. Yang penting, mereka beristiqamah.
Ayoh Chik yang saya kasihi,

Saya terdorong menulis surat ini selepas tersentuh benar dengan surat terbuka Ayoh Chik semalam. Surat itu pula beriringan dengan surat terbuka Nik Abduh.

Cuma bezanya, surat Ayoh Chik itu surat terbuka, manakala yang satu lagi betul-betul punya 'buka'.

Ayoh Chik,

Saya seperti rakan-rakan dan rasanya ramai orang lain mahu percaya surat Ayoh Chik itu sebenarnya dikarang oleh orang lain. Ada beberapa kemungkinan yang berlegar dalam kepala kami.

Pertama, orang itu mengarang surat dan kemudian Ayoh Chik beri restu untuk disiarkan.


Kedua, orang itu mengarang surat terbuka lalu menyiarkan tanpa pengetahuan Ayoh Chik. Ini andaian nakal, terutama apabila mereka mengaitkan kemungkinan tadi dengan kelaziman Ayoh Chik yang sesekali menjawab soalan dengan ungkapan "tidak tahu".

Ketiga, memang Ayoh Chik mengarang surat itu.

Nampakkah Ayoh Chik sebenarnya ramai yang mahu bersangka baik kepada Ayoh Chik. Mereka - kalau boleh - mahu percaya surat terbuka yang penuh dengan bidalan, perumpamaan serta berbunga-bunga itu bukan dari buah butir tangan Ayoh Chik.

Di sana kita boleh melihat masih ada harapan - dan keinginan - untuk orang kekal menghormati Ayoh Chik. Itu salah satu tanda kehaibatan Ayoh Chik. Tapi itulah, satu demi satu harapan itu akhirnya dikecewakan.

Sama ada kekecewaan itu disumbang secara langsung oleh Ayok Chik, atau secara tidak langsung oleh orang lain dalam lingkaran Ayoh Chik, ia sama-sama malang.

Ayoh Chik,

Rasanya PAS masih kekal dengan dasar menerang dan bukan menyerang. PAS juga giat berkempen untuk politik matang dan sejahtera.

Antara ciri matang dan sejahtera itu sepatutnya ialah berlapang dada dalam semua hal-hal biasa. Berbeza pendapat dalam menanggap sesuatu misalnya.

Jauh benar matang dan sejahtera apabila orang yang tidak sependapat dengan kita dilabel dengan kata-kata pujian yang menikam kalbu itu. Apatah lagi hal-hal dalaman keluarga kita, gaduhnya sehingga mendorong kita menyebut benda-benda yang keluar dari kemaluan.

Sebab itulah kadang-kadang saya rasa, surat-surat sebegitu datangnya bukan daripada pemikiran Ayoh Chik. Kami mahu percaya, dalam fikiran orang seperti Ayoh Chik dan anak didik Ayoh Chik, tidak terbabas dari mulut masing-masing hal-hal yang berkaitan rahsia atas ranjang dan selak kain, apa lagi jika ada unsur-unsur "sadism and masochism".




Setiap manusia punya naluri. Sudah diciptakan Allah akan manusia yang mempunyai keinginan serta nafsu, tetapi sebagai orang yang berjubah dan berserban selalu, lebih afdhal bercakap tentang "money" berbanding lendir yang namanya sama saja sebutan dengan "money" itu.

Ayoh Chik yang matang dan sejahtera,

Berbeza pendapat adalah lumrah. Dan apa sangatlah berbeza kapal dan nakhoda semasa sama-sama mencari reda Allah, kan?

Apa sangatlah kalau Nik Omar mahu mencuba nasib dalam politik bersama AMANAH. Hal yang sama juga berlaku kepada Faiz anak almarhum Datuk Fadzil Noor, juga Datuk Dr Mujahid waris almarhum Yusuf Abdullah ar-Rawi itu.

Khabarnya ada juga calon PAS di Kelantan sama yang saudara sedarah sedagingnya turut memilih parti lain untuk bertanding. Di Johor, ada anak muda bertanding sebagai calon AMANAH ketika bapanya menjadi calon BN.

Tidaklah dapat dipastikan sama ada mereka juga menulis surat terbuka untuk menyatakan rasa hati masing-masing.

Itulah pada saya matang dan sejahtera yang lebih waras dan asli.

Ayoh Chik,

Masalah yang sedang kita hadapi sehari-hari sekarang sudah cukup menyesakkan dada dan kepala. Tidak perlu lagi apa-apa bebanan dipaksakan ke atas jidat kami untuk menambah serabut yang sedia ada.

Akhirnya maaf jua saya pinta kepada Ayoh Chik. Lepas bersiap-siap untuk bekerja di hari kebanyakan orang lain bercuti ini, saya terdorong untuk menulis surat terbuka untuk Ayoh Chik.

Dan saya menulis ini - insya-Allah - dalam keadaan sedar. Makna kata, saya bukan menulis dalam mimpi.

Kalau ada terkasar bahasa, maaf jua dipinta. Sifat surat terbuka, beginilah. Tidak ada banyak yang nak ditutup. Kata-katanya pun selalunya disasarkan kepada orang lain, bukannya untuk orang yang dialamatkan itu sangat.

Cuma seperti pesan orang tua-tua, kita perlu selalu berlapang dada. Ketenangan dan bahasa yang lunak itu menjadi salah satu tanda kehaibatan seseorang pemimpin.

Kecuali Ayoh Chik di sana mahu mendakwa Islam itu hanya benar jika di tangan Ayoh Chik dan rakan-rakan. Islam di tangan orang lain adalah palsu. Nok kene bahang, nok kene tibang slaluh.


*AL-ABOR MOHD YUSUF ialah wartawan Malaysiakini.



Demikianlah Artikel Warkah buat Ayoh Chik

Sekianlah artikel Warkah buat Ayoh Chik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Warkah buat Ayoh Chik dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/05/warkah-buat-ayoh-chik.html

Subscribe to receive free email updates: