Judul : Zahid dedah taktik pembangkang rancang ‘hantar’ Tun M ke hospital
link : Zahid dedah taktik pembangkang rancang ‘hantar’ Tun M ke hospital
Zahid dedah taktik pembangkang rancang ‘hantar’ Tun M ke hospital
THE MALAYSIAN TIMES
BAGAN DATUK : Barisan Nasional (BN) telah menghidu taktik pembangkang yang merancang untuk memasukkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke hospital sebelum hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei ini.
Ketika mendedahkan perkara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, strategi serangan mengejut saat akhir (SLMA) pembangkang itu bertujuan meraih simpati daripada pengundi di Langkawi dan kawasan lain.
Ahmad Zahid berkata beliau tidak menolak kemungkinan Dr Mahathir, yang juga PPBM, akan melaksanakan taktik tersebut berdasarkan kepada tindakannya baru-baru ini yang mendakwa pesawat dinaiki telah disabotaj.
“Ia (dakwaan) dibuat kerana (Dr Mahathir) mahu menagih simpati sehari sebelum penamaan calon yang kononnya kejadian itu berlaku bagi menghilangkan kelayakan beliau untuk bertanding di Parlimen Langkawi.
“Kita kenal beliau kerana kita pernah berketuakan beliau. Strategi dan taktik itu mungkin berubah tetapi ‘template’ atau acuannya sama sahaja untuk mengelirukan pengundi, memperoleh simpati dan menyalahkan orang lain, walaupun kelemahan itu dilakukan oleh pihak beliau,” katanya.
Ahmad Zahid bercakap kepada pemberita selepas Majlis Kenduri Kampung Peluasan Skop Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) – Program Menghubung Menyatu Kementerian Komunikasi dan Multimedia Parlimen Bagan Datuk di Kampung Pasang Api di sini, hari ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman dan calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rungkup Datuk Shahrul Zaman Yahya.
Sehubungan itu, Ahmad Zahid yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Bagan Datuk buat penggal keenam pada PRU14, meminta para pengundi agar tidak terjebak dengan taktik dan dakyah terdesak pembangkang dalam usaha meraih simpati.
Mengenai dakwaan pesawat disabotaj, beliau berkata Dr Mahathir boleh meminta sebuah badan bebas atau syarikat antarabangsa lain untuk melihat laporan dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sekiranya tidak berpuas hati.
“Saya fikir Datuk Seri Azharuddin A.Rahman (Pengerusi CAAM) tidak menyorokkan fakta. Beliau tidak terlibat dengan mana-mana pihak dan bertindak secara profesional. Jadi Dr Mahathir harus menerima penjelasan pihak berwibawa, ertinya beliau harus meyakini dengan sistem yang beliau sendiri pernah wujudkan dahulu,” katanya.
Sabtu lepas, Azharuddin menolak dakwaan sabotaj terhadap pesawat yang sepatutnya menerbangkan Dr Mahathir dari Subang ke Langkawi.
Menurut Azharuddin pesawat jenis Bombardier Challenger CL60 yang dikendalikan oleh Vista Jet Limited tidak dapat diterbangkan ekoran masalah teknikal yang kecil dan rutin iaitu kebocoran udara di roda kiri pada muncung pesawat.— BERNAMA

Demikianlah Artikel Zahid dedah taktik pembangkang rancang ‘hantar’ Tun M ke hospital
Sekianlah artikel Zahid dedah taktik pembangkang rancang ‘hantar’ Tun M ke hospital kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Zahid dedah taktik pembangkang rancang ‘hantar’ Tun M ke hospital dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/05/zahid-dedah-taktik-pembangkang-rancang.html