Kematian global COVID-19 meningkat lebih 30,000

Kematian global COVID-19 meningkat lebih 30,000 - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kematian global COVID-19 meningkat lebih 30,000, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kematian global COVID-19 meningkat lebih 30,000
link : Kematian global COVID-19 meningkat lebih 30,000

Baca juga


Kematian global COVID-19 meningkat lebih 30,000

Kematian global akibat wabak koronavirus (Covid-19) mencecah lebih 30,000 dengan jumlah jangkitan melebihi 660,000.
Covid-19: Kematian global meningkat lebih 30,000

KEMATIAN global akibat wabak koronavirus (Covid-19) mencecah lebih 30,000 dengan jumlah jangkitan melebihi 660,000, menurut data laporan Johns Hopkins University.

Amerika Syarikat (AS) terus kekal sebagai negara paling banyak mempunyai kes jangkitan Covid-19 dengan jumlah keseluruhannya setakat ini meningkat kepada 119,758.


Setakat jam 6 pagi ini (waktu Malaysia), negara itu muncul sebagai satu-satunya negara yang mempunyai kes positif Covid-19 melepasi angka 100,000.


Dalam tempoh 24 jam lepas, negara Uncle Sam itu mencatatkan peningkatan kes positif sebanyak lebih 15,000, malah angka kematian juga mencecah hampir 2,000, dengan jumlah 1,991 mangsa.
Angka korban dan jangkitan paling tinggi adalah di New York, Washington dan New Jersey - masing-masing mencatatkan 517, 125 dan 86 kematian.


Daripada jumlah 119,758 kes jangkitan di AS, sebanyak 921 pesakit telah sembuh.


Sementara itu, Itali yang juga telah melepasi angka jangkitan Covid-19 di China, mempunyai jumlah kes jangkitan menghampiri 100,000 dan hampir pasti akan mengikut jejak AS dalam beberapa hari akan datang sekiranya mereka tidak berjaya membendung penularan wabak itu.


Itali kini mempunyai 92,472 kes positif Covid-19.

Dalam masa yang sama, angka kematian di Itali kini mencecah 10,023 mangsa dan menjadi satu-satunya negara yang mempunyai kes kematian melebihi 10,000.

Dalam tempoh sehari, negara itu mencatat 889 kematian pada Sabtu, menurun sedikit daripada hari sebelumnya iaitu 969 kes - rekod kematian paling tinggi dalam tempoh 24 jam pernah dicatatkan.


China kini terus kekal sebagai negara ketiga dengan jumlah keseluruhan kes sebanyak 81,999, dengan pertambahan hanya pada kes luar negara dan bukannya kes tempatan.


Menurut Reuters, Bandar Wuhan yang merupakan tempat tercetusnya wabak COVID-19 Disember lalu, mula menarik balik perintah berkurungnya pada Sabtu, setelah dua bulan terputus hubungan dengan kawasan-kawasan lain di China.


Wuhan mencatatkan kira-kira 60 peratus daripada kes COVID-19 di seluruh dunia, namun ia mengalami penurunan ketara beberapa minggu kebelakangan ini.

Sementara itu, data juga menunjukkan negara keempat dan kelima yang mempunyai kes jangkitan Covid-19 adalah Sepanyol dan Jerman dengan masing-masing mencatatkan 72,335 dan 57,695.

Bagaimanapun, Sepanyol juga merupakan negara kedua tertinggi bilangan kematian akibat COVID-19 dengan 5,820 kes.


Ini diikuti dengan China sebanyak 3,177 kes dan Iran 2,517 manakala Perancis 2,314 kes.


Bilangan kes positif jangkitan COVID-19 di seluruh dunia buat pertama kalinya melepasi angka setengah juta pada Khamis dan kini mempunyai kes melebihi 600,000.


Sehingga kini, 657, 691 kes jangkitan direkodkan dengan melibatkan 177 buah negara serta 30,438 kematian.- AWANI



Demikianlah Artikel Kematian global COVID-19 meningkat lebih 30,000

Sekianlah artikel Kematian global COVID-19 meningkat lebih 30,000 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kematian global COVID-19 meningkat lebih 30,000 dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2020/03/kematian-global-covid-19-meningkat_24.html

Subscribe to receive free email updates: