Lebih 90 peratus pesakit COVID-19 dirawat secara tradisional di Hubei sembuh - Pakar

Lebih 90 peratus pesakit COVID-19 dirawat secara tradisional di Hubei sembuh - Pakar - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lebih 90 peratus pesakit COVID-19 dirawat secara tradisional di Hubei sembuh - Pakar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lebih 90 peratus pesakit COVID-19 dirawat secara tradisional di Hubei sembuh - Pakar
link : Lebih 90 peratus pesakit COVID-19 dirawat secara tradisional di Hubei sembuh - Pakar

Baca juga


Lebih 90 peratus pesakit COVID-19 dirawat secara tradisional di Hubei sembuh - Pakar

Sekurang-kurangnya 95 peratus pesakit COVID-19 yang dirawat menggunakan kaedah perubatan tradisional Cina di Wilayah Hubei, China sembuh daripada penyakit itu. -Gambar fail
COVID-19: Lebih 90 peratus pesakit dirawat secara tradisional di Hubei sembuh - Pakar

Sekurang-kurangnya 95 peratus pesakit COVID-19 yang dirawat menggunakan kaedah perubatan tradisional Cina di Wilayah Hubei, China sembuh daripada penyakit itu, kata Ketua Pakar Perubatan dan Naib Presiden Hospital Perubatan Tradisional Cina Wilayah Guangdong Dr Li Jun.

Dr Li, yang mengetuai tujuh pakar perubatan lain dari China dalam misi berkongsi pengalaman memerangi wabak COVID-19 ke Malaysia, berkata kaedah perubatan tradisional itu turut digunakan dalam usaha mengekang penularan jangkitan COVID-19 di wilayah tersebut.



Berkongsi pengalaman merawat pesakit COVID-19 di China, beliau berkata pihaknya sentiasa mengkaji keberkesanan pelbagai jenis ubat-ubatan, termasuk vaksin yang digunakan bagi mengubati wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) pada 2003 dan Sindrom Pernafasan Virus Korona Timur Tengah (MERS-CoV) pada 2012.


"Pada awalnya kami menjangkakan ubat-ubatan ini berkesan hasil daripada pengalaman wabak SARS dan MERS-CoV namun apabila digunakan untuk COVID-19, ia sebaliknya menunjukkan kesan sampingan terhadap sesetengah pesakit.

"Walaupun masih belum ada lagi vaksin untuk COVID-19 namun buat masa sekarang, ubat tradisional Cina digunakan secara meluas untuk merawat simptom seperti demam, batuk ataupun masalah pencernaan bagi pesakit di China.


"Ia juga sekali gus dapat mengurangkan penggunaan mesin bantuan pernafasan memandangkan ubat tradisional terbukti dapat melancarkan sistem pernafasan dan pencernaan pesakit COVID-19 kronik yang terlantar lama di wad," katanya ketika wawancara khas 'Pocket Times' anjuran Sin Chew Daily secara langsung, di sini.

Turut hadir Ketua Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Rakyat Wilayah Guangdong Dr Wen Miaoyun dan Ketua Juruteknik bidang virologi merangkap Timbalan Pengarah Pejabat Pengajian Am Institut Kesihatan Awam Guangdong Dr Sun Jiufeng.

Dr Li berkata pengalaman mengenai keberkesanan ubat tradisional di China merawat pesakit COVID-19 turut menarik perhatian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha mengekang wabak itu di negara ini.


"Namun pengalaman dan cara yang kami lakukan di China itu hanya sebagai panduan kepada negara lain dan pelaksanaannya perlu berpandukan kepada keadaan serta keperluan negara itu sendiri," katanya.

Beliau berkata berdasarkan pemerhatian pasukan itu di Malaysia sejak Sabtu lalu, pihaknya mendapati kerajaan Malaysia telah melakukan langkah-langkah pencegahan yang tepat dan berkesan.

"Kami telah mengadakan dialog dengan KKM, hospital, pusat penyelidikan serta beberapa jabatan kesihatan dan mendapati Malaysia telah mampu mengawal wabak ini dengan berjaya apabila beberapa hari ini telah menunjukkan penurunan kes positif yang ketara.

"Namun bagi mengelak wabak kembali menjadi serius, rakyat perlu bekerjasama erat dengan kerajaan dalam meningkatkan pemeriksaan kesihatan, mempercepatkan proses kuarantin dan rawatan selain mengamalkan kebersihan diri serta jarakan sosial," katanya.


Dr Li berkata buat masa ini, China mempunyai tiga pasukan yang melakukan percubaan vaksin dan telah memasuki fasa kedua ujian klinikal.

"Bagi menghasilkan sesuatu vaksin, biasanya perlu mengambil masa sekurang-kurangnya dua tahun, namun China berusaha sedaya upaya untuk mempercepatkan kemajuan penelitian vaksin.

"Vaksin itu perlu dihasilkan secepat mungkin memandangkan ia merupakan satu keperluan yang tidak boleh dilengah-lengahkan kerana wabak itu merebak dengan cepat di kebanyakan negara di seluruh dunia," katanya.

Pasukan perubatan China yang terdiri daripada lapan pakar Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China, cawangan Guandong itu tiba di Malaysia pada Sabtu lepas dan akan berada di negara ini selama dua minggu untuk berkongsi pengalaman serta kepakaran dalam memerangi COVID-19.

-- BERNAMA




Demikianlah Artikel Lebih 90 peratus pesakit COVID-19 dirawat secara tradisional di Hubei sembuh - Pakar

Sekianlah artikel Lebih 90 peratus pesakit COVID-19 dirawat secara tradisional di Hubei sembuh - Pakar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lebih 90 peratus pesakit COVID-19 dirawat secara tradisional di Hubei sembuh - Pakar dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2020/04/lebih-90-peratus-pesakit-covid-19_27.html

Subscribe to receive free email updates: