Judul : Waris petugas kesihatan UK terkorban COVID-19 dapat 60,000 pound
link : Waris petugas kesihatan UK terkorban COVID-19 dapat 60,000 pound
Waris petugas kesihatan UK terkorban COVID-19 dapat 60,000 pound
Keluarga petugas Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) dan pekerja kebajikan sosial yang terkorban akibat COVID-19 akan dibayar 60,000 pound (RM325,458) sebagai sebahagian skim jaminan kehidupan baharu.
Setiausaha Kesihatan, Matt Hancock pada Isnin berkata, setakat ini 82 kakitangan NHS dan 16 pekerja kebajikan sosial mati akibat jangkitan COVID-19."Kerajaan sedang mewujudkan skim jaminan hidup untuk anggota barisan depan NHS (Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan) dan penjagaan sosial.
"Keluarga kakitangan yang terkorban akibat koronavirus ketika menjalankan tugas barisan depan akan menerima bayaran 60,000 pound." katanya mengikut laporan berita The Guardian pada Isnin,
Angka korban di Britain antara tertinggi di dunia – 21,092 kematian dan ribuan lagi yang belum dikira di rumah penjagaan.
Skim itu menyasarkan waris individu yang meninggal dunia akibat COVID-19 ketika melakukan kerja asas dan menyelamatkan pesakit, mereka yang menyediakan penjagaan langsung dan juga tukang cuci serta porter.
Ia hanya tertakluk kepada pekerja di England, tetapi pentadbiran di Scotland, Ireland Utara dan Wales akan menerima pembiayaan kerajaan pusat untuk program sama.
Kerajaan mengambil ribuan anggota perubatan yang bersara baru-baru ini dan pelajar tahun akhir sebagai petugas barisan depan untuk menangani lonjakan permintaan bagi perkhidmatan kesihatan ketika penularan Covid-19. - Agensi
Demikianlah Artikel Waris petugas kesihatan UK terkorban COVID-19 dapat 60,000 pound
Sekianlah artikel Waris petugas kesihatan UK terkorban COVID-19 dapat 60,000 pound kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Waris petugas kesihatan UK terkorban COVID-19 dapat 60,000 pound dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2020/04/waris-petugas-kesihatan-uk-terkorban_28.html