Kelonggaran PKP: Janganlah sekaligus, nanti susah nak kawal, nasihat Najib

Kelonggaran PKP: Janganlah sekaligus, nanti susah nak kawal, nasihat Najib - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kelonggaran PKP: Janganlah sekaligus, nanti susah nak kawal, nasihat Najib, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kelonggaran PKP: Janganlah sekaligus, nanti susah nak kawal, nasihat Najib
link : Kelonggaran PKP: Janganlah sekaligus, nanti susah nak kawal, nasihat Najib

Baca juga


Kelonggaran PKP: Janganlah sekaligus, nanti susah nak kawal, nasihat Najib

Mengikut Najib, kes baharu Covid-19 hari ini seramai 69 orang menunjukan peningkatan mereka yag dijangkiti dan virus itu masih merebak dalam masyarakat tempatan
Kelonggaran PKP: Janganlah sekaligus, nanti susah nak kawal, nasihat Najib

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan kerajaan agar tidak memberi kelongaran secara besar-besaran terhadap Perintah Kawalan Pergerakan kerana khuatir virus Covid-19 sukar dikawal.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, seharusnya kerajaan memberi kelongaran secara beransur-ansur mengikut sektor.

Mengikut Najib, kes baharu Covid-19 hari ini seramai 69 orang menunjukan peningkatan mereka yag dijangkiti dan virus itu masih merebak dalam masyarakat tempatan

“Maka, kita bertanya, apa keperluan untuk beri kelonggaran begitu besar secara serentak bermula Isnin depan walaupun fasa ke-4 PKP ini hanya akan berakhir pada 12 Mei?

“Slow and steady. Sektor demi sektor. Secara beransur ansur. Tak perlu gelojoh sangat. Janganlah sekaligus. Nanti susah nak kawal,” nasihat Najib.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin hari ini mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat atau PKPB bermula pada 4 Mei depan dengan membenarkan hampir semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan kembali beroperasi.

Antara yang dibayangkan akan dibenarkan beroperasi termasuk restoran, food truck, gerai makan, pengangkutan awam, sektor kerajaan dan sektor swasta.

Aktiviti sukan luar yang tidak melibatkan sentuhan badan dan perhimpunan ramai juga akan dibenarkan.

Ini termasuk bermain badminton atau tenis di luar tanpa penonton, jogging, kayuhan basikal, golf dan larian dalam kumpulan kecil tidak melebihi 10 orang.

Najib berkata, pendekatan yang diambil kerajaan akan memberi risiko kepada khidmat kesihatan dan petugas kesihatan sama ada mereka bersedia jika berlaku kluster baharu secara mendadak.

Jelas Najib, negara seperti Kanada dan Jepun menyaksikan peningkatan kes jangkitan mendadak apabila melonggarkan perintah halangan pergerakan.

Kata beliau, jika kerajaan mahu melonggarkan pergerakan ia seharusnya dilakukan dengan penuh perancangan supaya rakyat boleh membuat persediaan yang lebih teratur.

“Ini hari Jumaat beritahu, hari Isnin depan dah perlu kerja. Pulak tu, hari ini adalah hari kelepasan am. Mahu kelam kabut dibuatnya. Perancangan kena betul kerana ia melibatkan rakyat.

“Apa kata minggu depan bermula 4 Mei dikira sebagai tempoh persediaan untuk membuka sahaja? Sebagai contoh, pengusaha restoran boleh aturkan meja, beli sanitizer, buat signboard peringatan SOP jarak diri, buat jadual kerja untuk pekerja. Sediakan kertas untuk catat nama pelanggan dan nombor telefon. Beli stok. Lukis garisan untuk tempat beratur.

“Selepas itu, 11 Mei baru restoran boleh dibuka untuk pelanggan duduk makan?” cadang Najib.

Justeru tempoh satu minggu boleh digunakan untuk mengajar rakyat bagaimana mengamalkan SOP seperti penjarakan sosial dan cara menyesuaikan diri semasa di tempat-tempat umum.

“Bagaimana nak beratur semasa membayar kat kaunter atau naik bas. Cara untuk duduk dalam pengangkutan awam.


“Kenapa perlunya pelanggan memberi nama, alamat dan nombor telefon untuk tujuan contact tracing. Perlu dilakukan secara beransur-ansur dan bukan secara mendadak seperti ini,” kata Najib.




Demikianlah Artikel Kelonggaran PKP: Janganlah sekaligus, nanti susah nak kawal, nasihat Najib

Sekianlah artikel Kelonggaran PKP: Janganlah sekaligus, nanti susah nak kawal, nasihat Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kelonggaran PKP: Janganlah sekaligus, nanti susah nak kawal, nasihat Najib dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2020/05/kelonggaran-pkp-janganlah-sekaligus_1.html

Subscribe to receive free email updates: