Judul : Bayi dua bulan disembur racun oleh bapa kejam hanya kerana tidak berhenti menangis
link : Bayi dua bulan disembur racun oleh bapa kejam hanya kerana tidak berhenti menangis
Bayi dua bulan disembur racun oleh bapa kejam hanya kerana tidak berhenti menangis
Hanya kerana tidak tahan mendengar tangisan si kecil, seorang bapa menyembur racun serangga ke muka anak lelakinya yang berusia dua bulan.
T idak cukup itu, lelaki berkenaan juga bertindak lebih kejam dengan menampar muka anaknya itu selain melambungnya semata-mata mahu mendiamkannya.Kejadian berkenaan berlaku pada Jumaat lalu di Taman Pauh Indah, Arau, dalam kejadian Jumaat lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof, susulan laporan dibuat doktor dari Klinik Kesihatan Arau, polis telah menahan suspek yang berusia 39 tahun.
Katanya, polis menerima laporan berkaitan kejadian pada 11.30 pagi Jumaat lalu selepas pemeriksaan doktor mendapati bayi berkenaan kurang aktif dan bibirnya kebiruan.
Malah, katanya, mangsa turut cedera di belakang kepala dan leher selain terdapat kesan kemerahan ditemui di kepalanya.
Jelas Nanda, hasil siasatan dengan ibu bayi malang itu, polis dimaklumkan oleh wanita berkenaan bahawa suaminya yang juga ayah kandung bayi itu menyembur racun serangga pada muka dan mencederakan bayi mereka.
Nanda berkata, suspek ditahan pada hari kejadian dan Penolong Pendaftar Mahkamah Kangar, Monica Joseph Gaisah membenarkan tempoh tahanan reman selama tiga hari bermula hari ini sehingga sehingga Khamis untuk membantu siasatan.
Mangsa kini dirujuk kepada Pakar Kanak-Kanak Hospital Tuanku Fauziah, di sini untuk pemeriksaan lanjut.
Hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa mengalami komplikasi di otak akibat kecederaan yang dialaminya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
Demikianlah Artikel Bayi dua bulan disembur racun oleh bapa kejam hanya kerana tidak berhenti menangis
Sekianlah artikel Bayi dua bulan disembur racun oleh bapa kejam hanya kerana tidak berhenti menangis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Bayi dua bulan disembur racun oleh bapa kejam hanya kerana tidak berhenti menangis dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2020/06/bayi-dua-bulan-disembur-racun-oleh-bapa_22.html