Malaysia dilihat semakin menghampiri situasi bebas COVID-19

Malaysia dilihat semakin menghampiri situasi bebas COVID-19 - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Malaysia dilihat semakin menghampiri situasi bebas COVID-19, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Malaysia dilihat semakin menghampiri situasi bebas COVID-19
link : Malaysia dilihat semakin menghampiri situasi bebas COVID-19

Baca juga


Malaysia dilihat semakin menghampiri situasi bebas COVID-19

Negara terus mencatatkan hanya satu digit kes COVID-19 untuk tiga hari berturut-turut, sekali gus memberi petanda penularan pandemik itu dapat dikawal pihak berkuasa.
Malaysia dilihat semakin menghampiri situasi bebas COVID-19

Sedikit sinar penghujungnya PKPB sudah kelihatan

Malaysia dilihat semakin menghampiri situasi bebas COVID-19 apabila kes positif terus menunjukkan penurunan, sekali gus membolehkan pembukaan beberapa sektor ekonomi lagi untuk dimanfaatkan segenap lapisan masyarakat di negara ini.

Menuju kira-kira enam hari sebelum tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dijadual berakhir, negara terus mencatatkan hanya satu digit kes COVID-19 untuk tiga hari berturut-turut, sekali gus memberi petanda penularan pandemik itu dapat dikawal pihak berkuasa.

Semalam, hanya lima daripada 20 kes baharu membabitkan penularan tempatan dalam kalangan warganegara, selain pada Isnin (enam daripada 38) dan Ahad (empat daripada 57).

Selain itu, rakyat Malaysia juga mungkin boleh berbangga kerana tiada kes kematian dicatatkan pada Selasa, untuk 11 hari berturut-turut.


Ini seolah-olah memberi petanda bahawa Malaysia dalam landasan tepat ke arah fasa pemulihan terakhir, susulan kejayaan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan sejak 18 Mac lepas berhasil memutuskan rangkaian penularan kes baharu COVID-19.

Perkara ini pernah didedahkan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu wawancara dengan Bernama pada 30 Mei, antara lain menyebut kebolehjangkitan COVID-19 semakin hari semakin berkurang dan jika ini berterusan, ia akan membantu mengakhiri sesuatu wabak.

Petanda baik ini membolehkan kerajaan, semalam mengumumkan bahawa pasangan berbeza negeri yang ingin melangsungkan pernikahan dibenarkan rentas negeri bagi tujuan akad nikah sepanjang tempoh PKPB.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata bagaimanapun majlis itu perlu mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan, selain memutuskan untuk membenarkan jurufoto perkahwinan melakukan penggambaran pra perkahwinan di tempat terbuka, juga mengikut SOP ditetapkan.

Turut dibenarkan adalah aktiviti penggambaran filem, drama dan iklan mulai 10 Jun ini.

Selain itu, kerajaan juga kini membenarkan baki lebih 6,000 taman asuhan kanak-kanak (taska) beroperasi kembali dan boleh merujuk SOP disediakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Sabtu ini juga dinanti ramai, apabila satu mesyuarat khas dijadualkan berlangsung bagi membincangkan beberapa lagi SOP yang akan ditampilkan, antaranya berkaitan aktiviti jualan pasar malam, aktiviti keagamaan di rumah ibadat dan perkhidmatan kedai gunting rambut.

Tiada salahnya untuk rakyat berharap akan pelbagai lagi khabar gembira menanti mereka, kerana pematuhan rakyat terhadap SOP PKPB sememangnya semakin meningkat, jika dilihat kepada fakta bahawa tiada kompaun ziarah perayaan Aidilfitri dikenakan setakat ini, dan tiada kertas siasatan berita palsu dilaporkan mengenai COVID-19 semalam.

– BERNAMA



Demikianlah Artikel Malaysia dilihat semakin menghampiri situasi bebas COVID-19

Sekianlah artikel Malaysia dilihat semakin menghampiri situasi bebas COVID-19 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Malaysia dilihat semakin menghampiri situasi bebas COVID-19 dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2020/06/malaysia-dilihat-semakin-menghampiri_13.html

Subscribe to receive free email updates: