Tidak cukup popular? Tun Mahathir beri sebab kenapa Anwar tidak layak jadi calon PM

Tidak cukup popular? Tun Mahathir beri sebab kenapa Anwar tidak layak jadi calon PM - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tidak cukup popular? Tun Mahathir beri sebab kenapa Anwar tidak layak jadi calon PM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tidak cukup popular? Tun Mahathir beri sebab kenapa Anwar tidak layak jadi calon PM
link : Tidak cukup popular? Tun Mahathir beri sebab kenapa Anwar tidak layak jadi calon PM

Baca juga


Tidak cukup popular? Tun Mahathir beri sebab kenapa Anwar tidak layak jadi calon PM

Menurut Perdana Menteri kelapan itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson tidak popular dalam kalangan orang Melayu, selain menyifatkan sokongan tersebut penting untuk mana-mana parti menang dalam pilihan raya.
Tidak cukup popular? Dr Mahathir beri sebab kenapa Anwar tidak layak jadi calon PM

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Selasa mendedahkan bahawa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak menjadi calon Perdana Menteri bagi mewakili kerajaan Pakatan Harapan (PH).

M enurut Perdana Menteri kelapan itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson tidak popular dalam kalangan orang Melayu, selain menyifatkan sokongan tersebut penting untuk mana-mana parti menang dalam pilihan raya.


"... Dan kerana beliau (Anwar) tidak begitu popular menjadi ketua parti berbilang bangsa, beliau memerlukan seorang pemimpin Melayu yang mampu membantu memenangi pilihan raya.

"Jadi, saya (Dr Mahathir) dengan beliau di dalam pilihan raya ini dengan saya sebagai calon Perdana Menteri, saya rasa kami akan dapat sokongan daripada orang Melayu," katanya dalam temu bual bersama CNBC, hari ini.


Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, Anwar gagal mendapat sokongan Melayu dalam tiga pilihan raya sebelum ini.

Anwar juga jelas beliau, tidak boleh mencalonkan dirinya ketika itu kerana masih berada di dalam penjara.


Anwar dipenjara pada 2015 atas kesalahan meliwat dan dibebaskan pada 16 Mei 2018 selepas memperoleh pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong.


"Ketika saya memimpin parti pembangkang, kita berjaya menang dan ini merupakan pencapaian kerana untuk tempoh 60 tahun, Malaysia dipimpin oleh kerajaan daripada parti yang sama.

"Ini pertama kali perubahan (kerajaan) dicapai," tambahnya.


Ketika ditanya mengapa Dr Mahathir mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada Februari lalu, beliau berkata, keputusan itu dibuat kerana komponen parti PH menolak pandangan beliau agar tidak meninggalkan gabungan parti kerajaan.

"Mereka menolak cadangan saya, dan selepas penolakan tersebut... mereka mahu saya memimpin parti bersama parti kerajaan terdahulu.


"Saya sentiasa menentang kerajaan terdahulu berikutan skandal yang mereka terlibat. Jadi, saya tolak untuk bekerja dengan parti yang kalah dalam pilihan raya (Pilihan Raya Umum ke-14)," katanya.



Demikianlah Artikel Tidak cukup popular? Tun Mahathir beri sebab kenapa Anwar tidak layak jadi calon PM

Sekianlah artikel Tidak cukup popular? Tun Mahathir beri sebab kenapa Anwar tidak layak jadi calon PM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tidak cukup popular? Tun Mahathir beri sebab kenapa Anwar tidak layak jadi calon PM dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2020/06/tidak-cukup-popular-tun-mahathir-beri.html

Subscribe to receive free email updates: