Judul : 1MDB: Tahniah atas perjuangan, keberanian Rafizi
link : 1MDB: Tahniah atas perjuangan, keberanian Rafizi
1MDB: Tahniah atas perjuangan, keberanian Rafizi
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad mengucapkan takziah kepada Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli yang dijatuhkan hukuman 18 bulan penjara atas dua tuduhan membocorkan maklumat berhubung laporan audit 1MDB, yang diklasifikasikan sebagai sulit.
"Tahniah atas perjuangan dan keberanian beliau untuk menegakkan kebenaran mengenai isu 1MDB," ujarnya kepada Harakahdaily.
Katanya, kemelut isu yang tidak berkesudahan sehingga menggoncang masalah dalaman Umno, berlakunya perubahan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara, pejabat Peguam Negara, Jawatankuasa Kira-Kira Awam di Parlimen.
Menurutnya lagi, isu yang menjadi perbincangan hangat daripada kedai kopi hingga Dewan Rakyat.
"Semoga Allah memberi kekuatan kesihatan untuk terus berjuang dan memberi kesabaran kepada ahli keluarganya di dalam menghadapi suasana ini," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.
Semalam, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan dihukum penjara 18 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas didapati bersalah atas tuduhan memiliki dan mendedahkan satu halaman Laporan Pengauditan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) pada Mac lalu. - HARAKAHDAILY
Demikianlah Artikel 1MDB: Tahniah atas perjuangan, keberanian Rafizi
Sekianlah artikel 1MDB: Tahniah atas perjuangan, keberanian Rafizi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 1MDB: Tahniah atas perjuangan, keberanian Rafizi dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2016/11/1mdb-tahniah-atas-perjuangan-keberanian.html