Judul : Kapal diletup jadi tukun dan lupus abu al-Quran
link : Kapal diletup jadi tukun dan lupus abu al-Quran
Kapal diletup jadi tukun dan lupus abu al-Quran
BACHOK: Sultan Muhammad V menyempurnakan program pelupusan abu al-Quran dan pembinaan taman tukun keputeraan di 14 batu nautika dari Pelabuhan Tok Bali di sini.
Baginda diiringi oleh Tengku Mahkota Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Faiz Petra dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Datuk Nasuruddin Daud.
Sebanyak 10 tan abu berkenaan diisi dalam empat buat kapal termasuk sebuah kapal Tentera Laut Diraja Malaysia yang berusia 52 tahun untuk dijadikan sebagai tukun.
Sebelum ditamatkan perkhidmatannya kapal peronda berkenaan yang dikenali Kapal Maritim Lang diserahkan kepada Angkatan Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Selepas 10 tahun berbakti terhadap APMM, jentera tersebut sekali lagi dilepaskan kepada kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheik).
Usaha tersebut dilaksanakan bagi merealisasikan hasrat berkenaan selepas mendapat perkenan Tuanku Sultan Kelantan untuk merasmikan acara itu.
Pengarah Jaheik Datuk Che Mohd Rahim Jusoh berkata, pelupusan abu al-Quran serta pembinaan Taman Tukun Keputeraan merupakan program pertama kali diadakan
Bagi mengenalpasti lokasi sesuai serta keperluan terhadap pembinaan tukun itu, Jaheik bekerjasama dengan agensi berkaitan selaras pendekatan kerajaan.
"Ia merupakan pendekatan National Blue Ocean Strategy dengan menjalinkan kerjasama strategik bersama Jabatan serta agensi kerajaan yang lain.
"Ia seperti Perikanan Negeri Kelantan, Maritim Malaysia (APMM) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bagi mengenalpasti tempat sesuai," katanya.
Mengenai pelupusan al-Quran pula katanya, merupakan kesedaran terhadap penjagaan al-Quran yang banyak terlibat dalam bencana banjir Kelantan pada tahun 2014 lalu.
Pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) mengambil inisiatif berkenaan dengan mengumpulkan sebanyak 150 hingga 180 tan untuk dilupuskan.
Ia seperti Majlis Agama Islam Kelantan (Maik), Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) serta Jabatan Kerja Raya.
Selain itu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Bahagian Pengawalan Penerbitan dan Teks al-Quran KDN dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim). - HARAKAHDAILY
Demikianlah Artikel Kapal diletup jadi tukun dan lupus abu al-Quran
Sekianlah artikel Kapal diletup jadi tukun dan lupus abu al-Quran kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kapal diletup jadi tukun dan lupus abu al-Quran dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2016/11/kapal-diletup-jadi-tukun-dan-lupus-abu.html