Anak muda dalam DAP: Demi wang, kuasa atau tanggungjawab? – Bahagian I

Anak muda dalam DAP: Demi wang, kuasa atau tanggungjawab? – Bahagian I - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anak muda dalam DAP: Demi wang, kuasa atau tanggungjawab? – Bahagian I, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anak muda dalam DAP: Demi wang, kuasa atau tanggungjawab? – Bahagian I
link : Anak muda dalam DAP: Demi wang, kuasa atau tanggungjawab? – Bahagian I

Baca juga


Anak muda dalam DAP: Demi wang, kuasa atau tanggungjawab? – Bahagian I

shakir
 Oleh Syazana Hasanudin


Pelbagai skandal kewangan melibatkan pemerintah dan ahli politik di negara ini menyebabkan wujud satu persepsi di kalangan masyarakat tentang golongan muda yang memilih bidang politik sebagai halatuju hidup. Rata-rata melihat penglibatan politik di kalangan anak muda adalah disebabkan faktor kuasa atau wang.

Bagi orang kebanyakan, menceburi politik merupakan jalan mudah untuk anak muda meluaskan pengaruh dan seterusnya, mendapat keuntungan ‘atas angin’ melalui projek-projek yang dilaksanakan kerajaan, tidak kira persekutuan atau negeri.

Lebih-lebih lagi, Malaysia kini berada dalam situasi ekonomi kurang memberangsangkan. Ia mampu menjadi punca kepada penglibatan politik anak muda, terutama selepas melihat mentor-mentor mereka yang kini bersenang-lenang setelah dipilih menjadi pemimpin atasan negara.

Namun, bagaimana pula dengan golongan belia yang menyertai DAP? Parti itu sejak dahulu lagi menjadi jaguh dalam menentang segala ketirisan dan penyalahgunaan dana awam yang didakwa semakin berleluasa di bawah pentadbiran kerajaan UMNO Barisan Nasional. 

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang merupakan ahli parlimen yang paling lantang memperjuangkan isu skandal Bank Bumiputera Finance (BMF) suatu ketika dahulu. Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua pula antara ‘hero’ yang membongkarkan skandal syarikat milik Kementerian Kewangan, 1MDB yang dikatakan berkait rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 

Semua ini secara tidak langsung mampu menjadi model peranan kepada pemimpin-pemimpin muda DAP dalam perjalanan politik mereka.

“Jika untuk duit, saya tak akan masuk DAP”

Bagi Setiausaha Eksekutif Sosialis Muda DAP (DAPSY), Muhammad Shakir Ameer, satu-satunya asbab beliau menceburi bidang politik adalah bagi melaksanakan tanggungjawabnya sebagai anak muda yang prihatin terhadap masalah masyarakat yang melanda hari ini.

Malah, ia merupakan faktor utama mengapa seorang Muslim sepertinya memilih DAP sebagai landasan perjuangan politik – walaupun parti itu kerap ditanggapi sebagai kononnya anti-Islam dan anti-Melayu.

“Saya sebagai orang Islam memilih DAP kerana kagum dan percaya dengan perjuangan DAP selama ini,” ujarnya ketika ditemuramah Roketkini. 

“Parti ini benar-benar menegakkan keadilan dan kesaksamaan untuk semua anak bangsa tanpa mengira kaum, agama, kelas atau darjat. Tidak seperti sesetengah pihak lain, prinsip perjuangan DAP sama saja. Tidak pernah berubah dari dulu.”

Menurut Shakir, tidak wujud apa-apa niat ‘nakal’ seperti meluaskan pengaruh atau menambah baki akaun bank dengan menceburi politik, dan itu jelas dilihat melalui tindakan beliau menyertai DAP – sebuah parti yang mengundang persepsi negatif masyarakat tetapi tegas dan konsisten dalam perjuangan.

“Saya masuk politik bukan untuk duit. Jika untuk duit, saya tak akan masuk DAP,” katanya sambil ketawa kecil.

“Kawan-kawan saya kata kalau nak buat duit, masuk UMNO. Boleh buat duit. Malah, mereka menyoal saya, kenapa masuk DAP? Masuk DAP tak boleh buat duit,” tambahnya.

Anak kelahiran Pulau Pinang tersebut menegaskan, tujuannya menyertai politik selaras dengan dasar yang didukung oleh parti itu, iaitu demokrasi sosial yang bermatlamat untuk membawa kemaslahatan kepada semua pihak, terutama golongan kelas pertengahan dan rendah.

Peluang itu, katanya, semakin cerah apabila beliau dilantik sebagai ahli majlis Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada bulan Februari lalu, sekaligus membuka jalan lebih luas baginya untuk menyemai bakti kepada masyarakat.

Sepanjang perbualan saya dengan Shakir, acap kali beliau menyatakan tentang pentingnya bekerja untuk rakyat Malaysia. Semangat membuak-buak anak muda ini dalam memastikan kesejahteraan umum amat ketara dan menarik perhatian, justeru saya menyoal sama ada beliau mempunyai mana-mana ‘role model’ yang mencetuskan gelora tersebut.

“Ikon saya merupakan mendiang Karpal Singh,” katanya sambil menjelaskan, penduduk di Pulau Pinang – tidak kira dari parti mana, mempunyai ‘soft spot’ terhadap peguam berwibawa itu.

“Ramai anak muda semasa kecil mahu jadi Karpal Singh. Beliau sangat terkenal (di Pulau Pinang). Karpal Singh lantang, tetapi orang sangat menghormati beliau kerana sikapnya yang suka membantu dan menawarkan bakti kepada semua pihak.

“Tetapi minat saya dalam politik turut didorong oleh reformasi. Semasa itu saya berumur 15 tahun. Memandangkan Anwar Ibrahim orang Pulau Pinang, jadi kebanyakan orang di sana menyokong Anwar. Mereka sebelum ini teruja menunggu beliau menjadi Perdana Menteri.

“Saya pun mula mendekati politik dengan membaca blog-blog yang terkenal pada masa itu, contohnya blog freeanwar.com dan blog Raja Petra. Walaupun Raja Petra sudah beralih angin sekarang, beliau antara yang terawal (membuat blog pro-Anwar),” ujarnya. – Roketkini.com



Demikianlah Artikel Anak muda dalam DAP: Demi wang, kuasa atau tanggungjawab? – Bahagian I

Sekianlah artikel Anak muda dalam DAP: Demi wang, kuasa atau tanggungjawab? – Bahagian I kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anak muda dalam DAP: Demi wang, kuasa atau tanggungjawab? – Bahagian I dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2016/11/anak-muda-dalam-dap-demi-wang-kuasa.html

Subscribe to receive free email updates: