Jika TPP gagal, Malaysia akan teroka FTA, RCEP

Jika TPP gagal, Malaysia akan teroka FTA, RCEP - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jika TPP gagal, Malaysia akan teroka FTA, RCEP, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jika TPP gagal, Malaysia akan teroka FTA, RCEP
link : Jika TPP gagal, Malaysia akan teroka FTA, RCEP

Baca juga


Jika TPP gagal, Malaysia akan teroka FTA, RCEP

Bernama, 
mustapa 

KUALA LUMPUR – Sekiranya Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) tidak menjadi kenyataan, Malaysia akan meneroka opsyen sedia ada termasuk rundingan dua hala Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan negara lain.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata ini termasuk bersama anggota TTP yang kini belum ada sebarang pakatan perdagangan dengan Putrajaya.

Daripada 12 anggota TPP, Malaysia tidak mempunyai FTA dengan Amerika Syarikat, Kanada, Mexico dan Peru.

“Tumpuan kami kini ialah ke atas Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang membabitkan 10 anggota Asean dan enam rakan dagang utama di Asia Pasifik termasuk China,” katanya dalam satu kenyataan mengenai status semasa TPP.

Beliau berkata pada mesyuarat peringkat menteri terakhir di Cebu, Filipina, beberapa kemajuan dicapai dalam merapatkan jurang ke atas isu utama bagi barangan, perkhidmatan dan pelaburan.

“Keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu ketika ini mendorong dan memperkukuh keazaman negara RCEP, yang merupakan antara negara yang paling pesat berkembang di dunia, untuk terus bekerja rapat dalam memuktamadkan perjanjian perdagangan ini,” katanya.

Beliau berkata anggota TPP akan bertemu di Lima, Peru, minggu depan menjelang Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik, bagi membincangkan perkembangan terbaru ini.

“Kami berharap untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai kedudukan TPP pada perbincangan itu. Malaysia akan terus memantau perkembangan TPP di bawah kepimpinan Presiden US yang baharu,” kata Mustapa.

Pentadbiran AS di bawah Presiden Barack Obama baru-baru ini menyatakan bahawa beliau akan melaksanakan segala usaha dalam bidang kuasanya untuk mendapatkan Kongres meluluskan TPP.

Memandangkan pengesahan perjanjian itu melibatkan proses perundangan, kini terpulang kepada Kongres untuk memutuskan tindakan seterusnya.

“Kami sedar bahawa pemimpin Kongres dilihat tidak berminat untuk membentangkan rang undang-undang (TPP) pada sesi terkini. Nasib TPP kini bergantung kepada sama ada Presiden baharu akan mengesahkan perjanjian itu.

“Jika US memutuskan tidak mengesahkan TPP, Malaysia akan mengadakan perbincangan dengan anggota lain mengenai tindakan seterusnya,” kata Mustapa.

Perjanjian itu memerlukan pengesahan sekurang-kurangnya enam negara atau 85 peratus daripada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 12 negara, untuk menguatkuasakannya.

KDNK Amerika Syarikat sahaja menyumbang kira-kira 60 peratus daripada jumlah KDNK anggota TPP.
Oleh itu, TPP tidak akan menjadi kenyataan tanpa Amerika Syarikat.

“Sekiranya Amerika Syarikat menarik diri daripada TPP, ini bermakna perjanjian itu tidak boleh dikuatkuasakan.

Sebagai sebuah negara perdagangan terbuka dan pasaran domestik yang terhad, Malaysia akan terus mendapatkan akses pasaran yang lebih besar melalui aturan perdagangan keutamaan bersama negara yang Malaysia belum mempunyai FTA,” kata Mustapa.

Beliau juga berkata ketika pemulihan ekonomi kini lemah dan tahap pertumbuhan perdagangan global pada paras terendah dalam tempoh tiga dekad, wujud trend perlindungan dan sentimen domestik dalam kalangan beberapa negara.

“Masyarkat global sepatutnya terus mengadakan dialog dan pembabitan terbuka untuk menghentikan trend ini yang boleh menjurus kepada dasar yang tidak wajar yang akan menjejaskan pertumbuhan perdagangan dunia,” katanya.

Pertumbuhan dalam perdagangan dunia merupakan antara pemacu utama kemakmuran di seluruh dunia selama beberapa dekad sehingga Krisis Kewangan Global 2007/08



Demikianlah Artikel Jika TPP gagal, Malaysia akan teroka FTA, RCEP

Sekianlah artikel Jika TPP gagal, Malaysia akan teroka FTA, RCEP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jika TPP gagal, Malaysia akan teroka FTA, RCEP dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2016/11/jika-tpp-gagal-malaysia-akan-teroka-fta.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :