KALAU PRU 14 TIDAK DIADAKAN SEBELUM MAC 2017, ADAKAH NANTI USUL HADI AKAN DITANGGUH LAGI?

KALAU PRU 14 TIDAK DIADAKAN SEBELUM MAC 2017, ADAKAH NANTI USUL HADI AKAN DITANGGUH LAGI? - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KALAU PRU 14 TIDAK DIADAKAN SEBELUM MAC 2017, ADAKAH NANTI USUL HADI AKAN DITANGGUH LAGI?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KALAU PRU 14 TIDAK DIADAKAN SEBELUM MAC 2017, ADAKAH NANTI USUL HADI AKAN DITANGGUH LAGI?
link : KALAU PRU 14 TIDAK DIADAKAN SEBELUM MAC 2017, ADAKAH NANTI USUL HADI AKAN DITANGGUH LAGI?

Baca juga


KALAU PRU 14 TIDAK DIADAKAN SEBELUM MAC 2017, ADAKAH NANTI USUL HADI AKAN DITANGGUH LAGI?

 shahbudindotcom


Rumusan Husam Musa bahawa PRU 14 bakal diadakan sebelum Mac 2017 berikutan tindakan Hadi Awang secara sukarela menangguhkan buat kali kedua usul Akta 355 di Parlimen, memang ada kemunasabahannya dan tidak boleh diabaikan begitu saja.

Pas memerlukan usul itu tergantung bukan saja untuk mewajarkan kepada para penyokongnya tentang keperluan ia kekal sebagai parti yang mesti bertanding bersendirian atas nama Gagasan Sejahtera, bahkan juga untuk kekal tidak bersama dengan parti-parti pembangkang lain yang di dalamnya ada DAP dan Amanah.

Tetapi, sama ada Pas sedar atau sengaja buat-buat tidak sedar, bersendiriannya mereka itu hanyalah bertujuan memberi kelebihan kepada UMNO dalam pilihanraya akan datang.

UMNO juga memerlukan usul itu tergantung untuk menunjukkan ia sedang bersama dengan Pas dalam usaha memertabatkan Islam. Dengan demikian, Pas  diharapkan akan terus menjauhi parti-parti pembangkang lain, khususnya PPBM dan PKR, untuk saling bekerjasama dalam formula satu lawan satu menentang BN.

Tergantungnya usul Hadi itu juga dapat menyelamatkan BN daripada berpecah. Parti-parti komponen MCA, MIC, Gerakan, SUPP, PBS dan lain-lain sehingga ini terus kekal menentang usul tersebut, malah beberapa pemimpin bukan Melayu yang berada dalam kabinet telah pun berikrar untuk meletakkan jawatan jika ia diluluskan.

Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem turut mengeluarkan arahan agar semua Ahli Parlimen BN menolak dan tidak mengundi usul Hadi itu.

Namun, dengan ia tergantungnya  di awang-awangan usul Hadi itu, tiada apa-apa yang akan berlaku. Semua parti-parti komponen akan terus kekal bersama BN dan tiada menteri yang meletak jawatan.

Yang jelas untung ialah Najib, UMNO dan BN. Ia bermakna Pas dapat mereka jinak dan gula-gulakan dan dalam masa yang sama BN tidak pula saling berpecahan. 

Sebab itu, dengan tertangguhnya usul itu buat kali kedua sehingga sessi Parlimen akan datang pada Mac 2017, adalah masuk akal bahawa PRU 14 akan diadakan sebelum tarikh itu.

Jika PRU 14 mahu diadakan selepas Mac 2017 pula, maka sudah tentulah sekali lagi usul Akta 355 itu akan ditangguhkan buat kali ketiganya. Barangkali nanti, ia akan menjadi usul yang paling kerap ditangguhkan.

Secara logiknya, sukar untuk membayangkan bahawa UMNO sanggup membiarkan dirinya bermasalah dengan komponen BN semata-mata kononnya untuk sama-sama memartabatkan Islam,  lebih-lebih lagi melalui usul yang dibawa oleh Pas. 

Usul Akta 355 hanyalah helah politik untuk menang pilihanraya. Dengan Pas bertanding sendirian yang bermakna membantu Najib dan UMNO secara tidak langsung dan komponen BN tidak bermasalah, maka dengan keadaan itu, mudahlah UMNO dan BN mengekalkan kuasanya. 

Tetapi, selepas Najib menang PRU 14 nanti, apa jadi kepada usul Akta 355 itu? 

Bolehkah Hadi Awang dan Pas terus berharap usul itu akan diberi ruang untuk dibentang, dibahas dan diundi untuk kelulusan selepas Najib, UMNO dan BN menang PRU 14, apatah lagi jika menang selesa dua pertiga?

Atau Pas hanya memikirkan untuk seronok sebelum pilihanraya dan mahu membalas dendam kepada DAP dan Amanah saja, setelah kalah nanti mereka akan kembali berkata, "perjuangan Pas bukan semata-mata untuk menang di dunia, kemenangan di akhirat lebih utama." 
 
 
 
 
 
 


Demikianlah Artikel KALAU PRU 14 TIDAK DIADAKAN SEBELUM MAC 2017, ADAKAH NANTI USUL HADI AKAN DITANGGUH LAGI?

Sekianlah artikel KALAU PRU 14 TIDAK DIADAKAN SEBELUM MAC 2017, ADAKAH NANTI USUL HADI AKAN DITANGGUH LAGI? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KALAU PRU 14 TIDAK DIADAKAN SEBELUM MAC 2017, ADAKAH NANTI USUL HADI AKAN DITANGGUH LAGI? dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2016/11/kalau-pru-14-tidak-diadakan-sebelum-mac.html

Subscribe to receive free email updates: