Rosmah nafi ada akaun Facebook, Twitter

Rosmah nafi ada akaun Facebook, Twitter - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rosmah nafi ada akaun Facebook, Twitter, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rosmah nafi ada akaun Facebook, Twitter
link : Rosmah nafi ada akaun Facebook, Twitter

Baca juga


Rosmah nafi ada akaun Facebook, Twitter

 
Datin Seri Rosmah Mansor berkata ada kira-kira 20 akaun Facebook menggunakan namanya dan mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan akaun laman sosial palsu.


rosmah-mansor_fb_twitter_600


KUALA LUMPUR: Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata beliau tidak pernah mempunyai akaun laman sosial, khususnya Facebook dan Twitter.

Sehubungan itu, Rosmah mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan mana-mana laman sosial menggunakan namanya.

Menurutnya, terdapat 20 akaun Facebook pada masa ini yang menggunakan namanya.

“Saya tidak pernah mendaftar akaun Facebook. Saya tak ada Twitter. Cuma ada (telefon bimbit) Samsung yang antik. Asalkan boleh buat panggilan, terima panggilan… hantar dan jawab SMS (khidmat pesanan ringkas).

“Kalau ada baca (laman sosial atas nama saya), maknanya kena tipu. (Jika) ada apa-apa dengan saya, tanya secara berdepan. Cakap perkara yang betul, jangan cakap bohong,” katanya.

Rosmah berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Tahunan Bersama Penaung Skuad Sayang Kebangsaan di Dewan Tun Dr Ismail bersempena Perhimpunan Agung Umno 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pesuruhjaya Skuad Sayang Kebangsaan Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, yang juga ketua Wanita Umno dan Naib Ketua Wanita Umno Datuk Azizah Mohd Dun.

Rosmah berkata kewujudan akaun Facebook palsu itu “memberi semangat” kepadanya untuk menghadiri sesi ucaptama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Facebook Mark Zukerberg pada Sidang Kemuncak CEO 2016 di Lima, Peru, baru-baru ini.

Katanya, semangat untuk berjumpa dengan Zukerberg menyebabkan beliau ditegur suaminya Datuk Seri Najib Razak yang “hairan” melihat beliau sanggup keluar awal pagi sedangkan mereka tiba lewat di Peru.

“Saya jawab (kepada Najib) yang saya nak tanya soalan pada Zukerberg iaitu, anda (Zukerberg) perlu ada mekanisme untuk mengesan akaun Facebook yang palsu. Saya tunggu tapi tak ada sesi soal jawab.

“Saya tanya juga pada pegawai jika saya boleh bertanya kepada beliau tetapi pegawai cakap tak boleh sebab dia kena bergegas ke tempat lain. Saya nak tanya kerana Facebook pun ada kekurangan,” katanya.

Sementara itu, Rosmah yang juga penaung Skuad Sayang mengingatkan ahli skuad itu untuk menguasai media sosial kerana fenomena gelombang media sosial baharu mentransformasikan landskap politik negara.

“Gunakan saluran media sosial yang strategik dengan optimum dalam menguar-uarkan usaha kita. Gunalah media sosial sebagai senjata maya kita untuk menyalurkan maklumat yang benar dan mematahkan fitnah dan tohmahan pembangkang,” katanya.

Rosmah berkata langkah itu sesuai memandangkan kajian Landskap Digital Malaysia 2016 melaporkan 69 peratus atau 21 juta daripada 31.5 juta populasi daripada rakyat Malaysia merupakan pengguna Internet.

Daripada jumlah itu, katanya 68% atau 21 juta pengguna aktif media sosial paling popular seperti Facebook, Twitter dan YouTube, dan secara purata rakyat Malaysia menggunakan Internet selama 5.1 jam sehari dan 2.8 jam untuk melayari laman sosial



Demikianlah Artikel Rosmah nafi ada akaun Facebook, Twitter

Sekianlah artikel Rosmah nafi ada akaun Facebook, Twitter kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rosmah nafi ada akaun Facebook, Twitter dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2016/11/rosmah-nafi-ada-akaun-facebook-twitter.html

Subscribe to receive free email updates: