Laporan audit dedah syarikat dapat kontrak RM500 juta tanpa kelulusan Kabinet

Laporan audit dedah syarikat dapat kontrak RM500 juta tanpa kelulusan Kabinet - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Laporan audit dedah syarikat dapat kontrak RM500 juta tanpa kelulusan Kabinet, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Laporan audit dedah syarikat dapat kontrak RM500 juta tanpa kelulusan Kabinet
link : Laporan audit dedah syarikat dapat kontrak RM500 juta tanpa kelulusan Kabinet

Baca juga


Laporan audit dedah syarikat dapat kontrak RM500 juta tanpa kelulusan Kabinet

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat yang diberikan kontrak bernilai RM507.77 juta untuk kerja pengorekan di terusan dasar laut dilantik tanpa kelulusan Kabinet, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2015 siri kedua yang dibentangkan hari ini.
 
Dalam laporan itu, Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang menyatakan kerajaan menandatangani perjanjian konsesi eksklusif dengan Malaysian Maritime & Dredging Corporation Sdn. Bhd. (MMDC) pada Oktober 2005.
 
Kerja pengorekan itu membabitkan aktiviti mendalamkan dan melebarkan bagi tujuan menyelesaikan masalah seperti terusan sempit untuk memastikan keselamatan kapal dagang yang belayar menerusi perairan Malaysia.
 
“Tempoh perjanjian itu ialah 15 tahun dari 19 Oktober 2005 hingga 18 Oktober 2020. Setakat pada Disember 2015, kontrak bernilai RM507.77 juta itu diberikan kepada MMDC oleh Kementerian Pengangkutan,” katanya.
 
Bagaimanapun, laporan audit itu mendapati pelantikan MMDC bagi kerja pengorekan dibuat tanpa justifikasi yang betul kerana ia baru diperbadankan dan tanpa kelulusan Kabinet.
 
Ia juga menyatakan kapal yang dibekalkan dan jentera sudah lama dan berada dalam keadaan teruk serta selalu rosak.
 
“Ini menunjukkan komitmen MMDC tidak memuaskan,” kata laporan itu.
 
Laporan itu juga menyatakan penggunaan kapal asing tidak selaras dengan objektif Perjanjian Konsesi itu untuk memastikan MMDC menggunakan peralatan tempatan sepenuhnya.
 
Ia juga menyatakan MMDC mengutamakan kerja pengorekan di kawasan cetek berbanding di kawasan kritikal.
 
Ambrin berkata kerajaan membelanjakan kira-kira RM5.77 juta ketika kontrak untuk projek Terusan Sungai Bagan itu ditamatkan secara persetujuan bersama. Meskipun membelanjakan wang sebanyak itu, objektif projek itu tidak tercapai.
 
Dalam syornya, ketua audit mendesak Kementerian Pengangkutan mematuhi arahan Kementerian Kewangan dengan menyerahkan Kertas Kabinet mengandungi pelantikan konsesi pengorekan.
 
Ketua audit juga mendesak Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Marin, yang terletak di bawah kementerian itu untuk mengenakan kadar berdasarkan kepada kedalaman kritikan dan kerumitan berbanding kadar sama bagi setiap blok pengorekan.
 
Katanya, Jabatan Marin perlu memastikan MMDC menggunakan kapal bersesuaian untuk kerja mengorek bagi mengelak kekerapan kerosakan.
 
 


Demikianlah Artikel Laporan audit dedah syarikat dapat kontrak RM500 juta tanpa kelulusan Kabinet

Sekianlah artikel Laporan audit dedah syarikat dapat kontrak RM500 juta tanpa kelulusan Kabinet kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Laporan audit dedah syarikat dapat kontrak RM500 juta tanpa kelulusan Kabinet dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2016/11/laporan-audit-dedah-syarikat-dapat.html

Subscribe to receive free email updates: