Judul : PAS yakin Akta 355 dibentang sebelum Parlimen berakhir
link : PAS yakin Akta 355 dibentang sebelum Parlimen berakhir
PAS yakin Akta 355 dibentang sebelum Parlimen berakhir
Oleh Azizul Osman
KUALA LUMPUR: Walaupun sidang Dewan Rakyat penggal kali ini hanya berbaki 3 hari lagi, PAS tetap optimis bahawa Rang Undang-undang Memperkasakan Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Pindaan 2016 akan dibentangkan.
Menurut Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali usul berkenaan mungkin akan dibentangkan pada Rabu atau Khamis ini setelah semua usul daripada kerajaan dibentangkan.
"Insyaallah positif akan dibentangkan, tunggu dan lihat. Hari ini baru Isnin nak habiskan Bajet 2017 dulu. Untuk RUU 355 ada dua hari lagi.
"Kerajaan mesti utamakan usul dia. Kemudian masuklah usul kita. 500 peratus saya yakin (akan dibentang tidak lama lagi). Itu perjuangan kita," katanya di lobi Parlimen hari ini.
Sehingga hari ini, usul yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu masih di tangga ke-sembilan dalam Aturan Mesyuarat dan Usul-usul Dewan Rakyat.
"Bukan hanya dengan PAS, orang Umno pun menurut perkara yang sama. Kala Umno tidak bawa, mereka kena berhadapan dengan ahli dia sendiri," tambah Ahli Parlimen Kuala Nerus itu.
Perkara sama pernah dinyatakan Khairuddin sebelum ini bahawa PAS menjangkakan usul pindaan Akta 355 akan dibentang pada 23 atau 24 November ini, namun ternyata jangkaan itu meleset.
Usul berkenaan dibawa Hadi melalui peruntukan Rang undang-undang persendirian yang perlu dicadangkan oleh menteri untuk dibahaskan sebelum Speaker membuat ketetapan mengenainya.
Usul Hadi itu sebelum ini diletakkan pada nombor empat peraturan mesyuarat pada hari pertama sidang Dewan Rakyat namun tidak sempat dibentang atau dibahaskan.
Ia kemudian berada pada kedudukan lebih ke bawah pada hari kedua sehinggalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan Bajet 2017 pada 21 Oktober lalu.
Pada 26 Oktober, Hadi sebagai berkata penurunan giliran usul itu tiada kena mengena dengannya.
Demikianlah Artikel PAS yakin Akta 355 dibentang sebelum Parlimen berakhir
Sekianlah artikel PAS yakin Akta 355 dibentang sebelum Parlimen berakhir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PAS yakin Akta 355 dibentang sebelum Parlimen berakhir dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2016/11/pas-yakin-akta-355-dibentang-sebelum.html