‘Lebih baik untuk PAS jika Najib terus memimpin'

‘Lebih baik untuk PAS jika Najib terus memimpin' - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ‘Lebih baik untuk PAS jika Najib terus memimpin', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ‘Lebih baik untuk PAS jika Najib terus memimpin'
link : ‘Lebih baik untuk PAS jika Najib terus memimpin'

Baca juga


‘Lebih baik untuk PAS jika Najib terus memimpin'

MALAYSIAKINI



Kelangsungan pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan memberi kelebihan kepada PAS pada pilihan raya umum akan datang, kata Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin.

Bercakap kepada Sinar Harian dalam satu wawancara, katanya bahawa masa terbaik untuk "menjatuhkan" Najib adalah semasa pilihan raya.

“Kalau Najib jatuh sekarang, nanti naik orang baru ganti dia, orang itu akan bawa BN jadi lebih kuat seperti semasa Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) ambil alih daripada Mahathir dulu.

“Bukankah pada pilihan raya 2004, BN memang besar?

“BN akan lebih kuat dalam tangan orang baru. Najib sekarang dalam keadaan lemah, jadi kita sebagai pembangkang tak perlulah nak kempen (beri kekuatan baharu kepada BN). Dia lemah, biarlah,” kata Hashim.

Acuan Islam

Sejak hubungan DAP dan PAS retak tahun lalu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat semakin mesra dan akrab dengan Najib.

Kedua-dua mereka membuat penampilan awam bersama manakala Putrajaya memberi laluan supaya usul Hadi untuk memperkasakan Mahkamah Syariah dibahaskan di Dewan Rakyat.

Sementara itu, Hashim berkata, meskipun PAS mahu pertandingan satu lawan satu pada pilihan raya umum akan datang, tetapi sebarang pakatan mesti berlandaskan syariat Islam.

Ini tidak bermakna bahawa PAS perlu mesti menjadi ketua dalam mana-mana kerjasama.

“Saya ulang, apabila disebut Islam, boleh sesiapa sahaja asalkan kita yakini kerjasama ini boleh dibawa mengikut acuan Islam, mengikut cara, kaedah dan pendekatan Islam.
“Kalau Umno nak buat Islam yang sama, kita sanggup bubar PAS. Jadi maknanya, sesiapa saja yang nak buat Islam, kita akan sokong.

“Bukan mesti PAS. Kalau ada orang lain yang betul-betul kita boleh percaya untuk melaksanakan Islam, kita sokong,” katanya.

Hashim berkata adalah penting bagi PAS untuk menetapkan syarat-syarat untuk sebarang kerjasama politik setelah pengalaman buruk dengan gabungan sebelum ini.

Bukan pendirian PAS

Walau bagaimanapun, Hashim enggan menolak kemungkinan PAS bekerjasama dengan DAP dan AMANAH, yang merupakan parti serpihannya.

Ditanya mengenai kenyataan daripada sesetengah pemimpin PAS bahawa parti itu tidak akan bekerjasama dengan DAP atau AMANAH, Hashim berkata kenyataan itu tidak mencerminkan pendirian parti.

“Ketua Pemuda PAS (Nik Abduh Nik Aziz) ada buat kenyataan bahawa PAS tidak mungkin akan bekerjasama dengan DAP dan Amanah dalam isu satu lawan satu sedangkan Majlis Syura Ulama belum pun buat apa-apa keputusan...

“Itu tafsiran dia saja dan kita tak anggap itu perkara besar apabila dia buat tafsiran yang pergi ke peringkat itu.

‘Kita kena ambil kira juga perasaan dia. Orang tidak tahu apa yang DAP buat pada dia, apa yang AMANAH buat pada dia hingga dia melonjak pergi sampai ke peringkat itu. Dia orang muda,” katanya.

Beliau berkata, belum ada sebarang perbincangan rasmi mengenai kerjasama dengan pihak lain, walaupun Majlis Syura, yang diterajuinya akan membincangkan perkara itu pada 17 Disember nanti

Hashim menggesa ahli-ahli parti untuk yakin kepada pemimpin parti dan keputusan akan dibuat dengan cara yang tidak mengkhianati perjuangan mereka.

“Sebab itu dalam berpolitik kita diajar mengenai wala’, kepatuhan kepada pemimpin.

“Haram kita derhakai pemimpin. Kita mesti memuliakan pemimpin, kasihkan mereka dan sedia membantu mereka,” katanya.




Demikianlah Artikel ‘Lebih baik untuk PAS jika Najib terus memimpin'

Sekianlah artikel ‘Lebih baik untuk PAS jika Najib terus memimpin' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ‘Lebih baik untuk PAS jika Najib terus memimpin' dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2016/11/lebih-baik-untuk-pas-jika-najib-terus.html

Subscribe to receive free email updates: