Nazri ramal Muhyiddin, Shafie 'peluk' Umno semula

Nazri ramal Muhyiddin, Shafie 'peluk' Umno semula - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nazri ramal Muhyiddin, Shafie 'peluk' Umno semula, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nazri ramal Muhyiddin, Shafie 'peluk' Umno semula
link : Nazri ramal Muhyiddin, Shafie 'peluk' Umno semula

Baca juga


Nazri ramal Muhyiddin, Shafie 'peluk' Umno semula

Anne Muhammad

  


Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Nazri Aziz tidak menolak kemungkinan dua bekas pemimpin kanan parti itu - Tan Sri Muhyuddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal - akan kembali kepada parti Melayu berkenaan.

Ia kerana, kata Nazri, sebelum ini tidak ada siapa yang menjangkakan Tun Dr Mahathir Mohamad akan "berpeluk" dengan veteran DAP Lim Kit Siang seperti berlaku ketika ini.

“Dulu mana (ada sesiapa) sangka Tun Mahathir (boleh) peluk Kit Siang. Macam-macam boleh berlaku, saya sudah nampak dah lima tahun ke depan drama peluk-peluk (Muhyiddin dan Shafie akan kembali pada Umno),” katanya.

Nazri berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas Istiadat Konvokesyen Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau ditanya mengenai kemungkinan Muhyiddin - yang juga bekas timbalan presiden Umno - dan Shafie (naib presiden) akan kembali kepada Umno.

Muhyiddin kini adalah Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia manakala Shafie mengetuai Parti Warisan Sabah yang berpangkalan di negeri itu.

Kedua-duanya diketepikan daripada Umno selepas mengambil pendirian berseteru dengan Datuk Seri Najib Razak dalam isu skandal 1MDB.

Nazri yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan turut memberi contoh bagaimana Parti Semangat gagal menyaingi Umno menyebabkan ada di kalangan pimpinan kembali kepada parti Melayu itu.

Hal itu menyebabkan beliau menjangkakan bahawa ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) turut akan kembali kepada Umno.

“Kita dah tengok nasib pemimpin-pemimpin yang rasa mereka lebih besar dari parti, tengok Semangat 46. Parti serpihan ini tidak mampu menyaingi Umno.

“Apa akan berlaku nanti, parti-parti ini akan jadi parti yang mempunyai personaliti sahaja tapi tidak ada perjuangan. Mereka hanya perjuangkan dendam terhadap perdana menteri.

“Saya langsung tak bimbang akan berlaku ahli Umno keluar beramai-ramai dan masuk BERSATU, tidak perlu saya nasihat kerana kalau tengok contoh sebelum ni, semua (akhirnya) terkubur.

“Saya percaya ahli Umno dapat lihat sendiri nasib orang yang derhaka kepada perjuangan parti. Akhirnya nanti masuk Umno balik,” katanya.




Demikianlah Artikel Nazri ramal Muhyiddin, Shafie 'peluk' Umno semula

Sekianlah artikel Nazri ramal Muhyiddin, Shafie 'peluk' Umno semula kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nazri ramal Muhyiddin, Shafie 'peluk' Umno semula dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2016/11/nazri-ramal-muhyiddin-shafie-peluk-umno.html

Subscribe to receive free email updates: