Judul : Masyarakat Islam akan bantah pindaan Akta 164 jika RUU 355 terus diganggu - PAS
link : Masyarakat Islam akan bantah pindaan Akta 164 jika RUU 355 terus diganggu - PAS
Masyarakat Islam akan bantah pindaan Akta 164 jika RUU 355 terus diganggu - PAS
Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
KUALA LUMPUR: Masyarakat Islam dikhuatiri akan membantah pindaan terhadap Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 (Akta 164) sekiranya bukan Islam berterusan menentang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(RUU 355).
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata masyarakat bukan Islam perlu berlaku adil terhadap masyarakat Islam memandangkan pelbagai hak dan kepentingan mereka dihormati selama ini.
"Kita kena adil, jangan ganggu hak orang Islam. Kita harap orang Islam juga tidak menyusahkan yang bukan Islam.
"Kalau mahu begitu (ganggu hak Islam), kita juga boleh cadangkan pindaan Akta 164. Kita minta supaya yang ada kaitan dengan kepentingan orang Islam iaitu RUU355 yang tidak ada kaitan dengan bukan Islam, tidak diganggu. (Malah) kita akan berkompromi dalam isu-isu bukan Islam.
"Sekiranya RUU 355 diganggu, kita bimbang masyarakat Islam tidak setuju dengan pindaan Akta 164 yang juga ada kaitan dengan bukan Islam," demikian menurut Takiyuddin di sidang media PAS bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) pagi tadi.
Reaksi itu diberikan Takiyuddin merujuk penentangan berterusan masyarakat bukan Islam terhadap RUU 355 yang dibawa PAS di Dewan Rakyat baru-baru ini.
Bagaimanapun pembentangan kali kedua oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ditangguh sehingga Mac depan, memandangkan masih ramai yang tidak memahami usul yang dibawa parti itu.
Demikianlah Artikel Masyarakat Islam akan bantah pindaan Akta 164 jika RUU 355 terus diganggu - PAS
Sekianlah artikel Masyarakat Islam akan bantah pindaan Akta 164 jika RUU 355 terus diganggu - PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Masyarakat Islam akan bantah pindaan Akta 164 jika RUU 355 terus diganggu - PAS dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2016/11/masyarakat-islam-akan-bantah-pindaan.html