Judul : Pandikar Amin kepingin jumpa Tun Mahathir
link : Pandikar Amin kepingin jumpa Tun Mahathir
Pandikar Amin kepingin jumpa Tun Mahathir
THE MALAYSIAN MIRROR
Pandikar Amin Mulia mengakui beliau ‘teruja’ untuk bersemuka dengan Tun Dr Mahathir Mohamad jika benar mantan perdana menteri itu akan datang bermesyuarat dengan pemimpin pembangkang di Parlimen, Selasa depan.
“Saya kepingin sangat untuk bersemuka dengan Tun Dr. Mahathir untuk mengemukakan suatu perkara yang amat penting berhubung dengan memartabatkan parlimen iaitu,
“Kenapa pada 1992 sewaktu beliau memegang jawatan sebagai Ketua Majlis Parlimen, kerajaan beliau telah memansuhkan Parliamentary Services Act?”,” katanya.
Justeru itu, Speaker Dewan Rakyat tersebut mengalu-alukan cadangan Ahli Parlimen DAP Gelang Patah Lim Kit Siang untuk membawa Dr. Mahathir ke Parlimen pada Selasa bagi membincang mengenai imuniti atau kekebalan wakil – wakil rakyat dari dikenakan tindakan undang-undang atas hujah mereka sewaktu berbahas di parlimen.
Kit Siang yang juga Penasihat DAP dalam sidang media di lobi Parlimen pada Khamis berkata, Pandikar Amin turut akan dijemput pada perjumpaan itu bagi menerangkan mengenai imuniti ahli-ahli Dewan.
“Kalau saya dijemput, InshaAllah saya akan hadir. Kesanggupan saya tidak didorong oleh agenda memperkasa politik saya melainkan untuk memperkasakan dan memartabat institusi parlimen.
Saya juga ingin bertanya kepada YB Lim Kit Siang, “Kenapakan pada saat saat mutakhir ini beliau bersekongkol pula dengan mantan Ketua Majlis Parlimen yang telah meruntuhkan martabat parlimen pada tahun 1992?”,
“Bukankah tindakan YB Lim Kit Siang ini jelas memperalatkan Tun Dr. Mahathir untuk memperkasakan agenda politik peribadinya dan parti beliau untuk menjatuhkan YAB Perdana Menteri?,” katanya.
Pandikar Amin berkata, demi memartabatkan Parlimen, sebagai Speaker, beliau akan berdiri di barisan hadapan untuk berhadapan dengan sesiapa sahaja termasuk Tun Dr. Mahathir.
Demikianlah Artikel Pandikar Amin kepingin jumpa Tun Mahathir
Sekianlah artikel Pandikar Amin kepingin jumpa Tun Mahathir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pandikar Amin kepingin jumpa Tun Mahathir dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2016/11/pandikar-amin-kepingin-jumpa-tun.html