Walaupun dikaitkan dalam saman DOJ, Menteri JPM kata tidak perlu siasat anak tiri Najib

Walaupun dikaitkan dalam saman DOJ, Menteri JPM kata tidak perlu siasat anak tiri Najib - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Walaupun dikaitkan dalam saman DOJ, Menteri JPM kata tidak perlu siasat anak tiri Najib, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Walaupun dikaitkan dalam saman DOJ, Menteri JPM kata tidak perlu siasat anak tiri Najib
link : Walaupun dikaitkan dalam saman DOJ, Menteri JPM kata tidak perlu siasat anak tiri Najib

Baca juga


Walaupun dikaitkan dalam saman DOJ, Menteri JPM kata tidak perlu siasat anak tiri Najib

 



Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim menegaskan tiada keperluan untuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memanggil dan menyiasat Riza Aziz meskipun dia didakwa diperlukan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ).

“Riza memang tidak termasuk di dalam siasatan rasuah oleh SPRM, tak perlu SPRM nak panggil pun walau beliau dikaitkan dengan DOJ seperti yang disebut oleh orang ramai. Itu kes lain,” kata Razali.

Beliau berkata demikian ketika menjawab celahan Ahli Parlimen PKR Bayan Baru, Sim Tze Zin pada sesi penggulungan Bajet 2017 bagi Jabatan Perdana Menteri di Parlimen pada Rabu.

Malah menurut Razali, tindakan segelintir pembangkang yang cuba memaksa SPRM menjalankan siasatan terhadap Riza yang didakwa ada kaitan dengan kehilangan duit 1MDB adalah tidak wajar.

“SPRM tak nak buat siasatan. Yang Berhormat (YB) marah, suruh mereka buat, seolah-olah YB betul, SPRM salah. Tak boleh buat macam tu.

“Jangan kata pembangkang (suruh), saya yang duduk di bahagian kerajaan pun tak pernah lagi beri arahan kepada SPRM untuk buat siasatan kerana itu kuasa yang kita bagi kepada SPRM,” katanya.

Razali berkata, serangan secara berulang oleh pembangkang terhadap isu DOJ dan 1MDB sebagai satu tuntutan yang bercanggahan.

“Saya nak kata apa, 1MDB kata dia tak hilang duit, DOJ yang cakap duit rakyat Malaysia kena ambil, biar DOJ yang buktikan duit itu hilang, 1MDB tak kata duit dia hilang,” jelasnya.

Sebelum ini, penerbit filem, Riza Aziz dan jutawan Low Taek Jho (Jho Low) , merupakan dua individu yang disebut dalam saman DOJ yang akan dipanggil untuk membela diri pada 22 Ogos lalu.



Demikianlah Artikel Walaupun dikaitkan dalam saman DOJ, Menteri JPM kata tidak perlu siasat anak tiri Najib

Sekianlah artikel Walaupun dikaitkan dalam saman DOJ, Menteri JPM kata tidak perlu siasat anak tiri Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Walaupun dikaitkan dalam saman DOJ, Menteri JPM kata tidak perlu siasat anak tiri Najib dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2016/11/walaupun-dikaitkan-dalam-saman-doj_4.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :