Pemandu bas parah ditetak di lebuhraya

Pemandu bas parah ditetak di lebuhraya - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pemandu bas parah ditetak di lebuhraya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pemandu bas parah ditetak di lebuhraya
link : Pemandu bas parah ditetak di lebuhraya

Baca juga


Pemandu bas parah ditetak di lebuhraya

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
BATU KAWAN: Seorang pemandu bas kilang parah selepas diserang dan ditetak 5 lelaki berhampiran susur keluar tol Lebuhraya Utara Selatan di Bukit Tambun, semalam.
 
Dalam kejadian 6.30 petang itu, Musa Chotah, 52, yang sedang memandu bas kilang berkenaan menghentikan kenderaannya apabila dihalang sebuah kereta dinaiki 5 lelaki itu.
 
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supt Shafee Abdul Samad berkata, semasa kejadian mangsa membawa sekumpulan pekerja kilang.
 
“Ketika hampir sampai susur keluar tol Bukit Tambun, kereta jenis Toyota Vios warna putih dinaiki 5 lelaki itu dipercayai menghalang bas sebelum mangsa turun dari bas.
 
“Berlaku pertengkaran antara mangsa dan 5 lelaki itu sebelum pemandu bas berkenaan ditikam dan ditetak beberapa kali dengan pisau,” katanya.
 
Shafee berkata, selepas ditikam mangsa kembali ke dalam bas kilang itu, manakala 5 lelaki tersebut melarikan diri dengan kereta dan keluar menerusi tol Bukit Tambun.
 
Katanya, ekoran kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah, iaitu luka akibat ditetak di tepi kepala, lengan sebelah kanan, luka atas kening dan perut sebelah kiri.
 
Beliau berkata, mangsa dihantar ke Hospital Sungai Bakap sebelum dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang untuk pembedahan dan dia dilaporkan dalam keadaan kritikal.
 
“Kejadian itu berjaya dirakamkan beberapa pekerja kilang yang berada dalam bas dipandu mangsa dan polis sedang mengesan 5 lelaki dipercayai berusia dalam lingkungan 20-an yang menaiki kereta dengan nombor pendaftaran PJH 8586,” katanya.
 
Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan setakat ini motif kejadian belum dapat dikenal pasti kerana mangsa belum dapat bercakap.
 
Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
 
 


Demikianlah Artikel Pemandu bas parah ditetak di lebuhraya

Sekianlah artikel Pemandu bas parah ditetak di lebuhraya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pemandu bas parah ditetak di lebuhraya dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2016/11/pemandu-bas-parah-ditetak-di-lebuhraya.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :