Judul : Tahniah Azmin Ali 'kayakan' Adam Rosly, kata Jamal Yunos
link : Tahniah Azmin Ali 'kayakan' Adam Rosly, kata Jamal Yunos
Tahniah Azmin Ali 'kayakan' Adam Rosly, kata Jamal Yunos
ANTARAPOS.COMSHAH ALAM: Ketua Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali kerana berjaya menjadikan anak muda dalam PKR sebagai 'jutawan luar biasa'.
Bagaimanapun Jamal mengesa Azmin agar tidak hanya mengkayakan kroni dan rakan politiknya sahaja tetapi perlu melibatkan rakyat negeri itu juga.
"Tahniah pada Menteri Besar Selangor kerana berjaya menjadikan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor bertaraf jutawan yang luar biasa. Syabas dan tahniah (Datuk Seri) Azmin Ali.
"Saya mohon dan minta pertimbangan daripada YAB Menteri Besar Selangor supaya kongsi-kongsilah kekayaan itu kepada seluruh rakyat negeri Selangor. Jangan hanya kongsi pada kroni-kroni atau rakan politik dia sahaja," ujar Jamal.
Jamal sebelum ini mendedahkan kekayaan luar biasa Ketua Angkatan Muda keadilan (AMK) Ampang, Datuk Adam Rosly yang baru sahaja berusia 28 tahun namun bergaya hidup mewah.
Adam didedah memiliki sebuah mahligai yang dianggarkan bernilai lebih RM7 juta dengan lima buah kereta mewah.
Adam ketika mengulas pendedahan kekayaan luar biasanya itu berkata, anak muda kaya pada hari ini adalah perkara biasa.
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mencadangkan agar Adam mengisytiharkan hartanya agar isu itu akan segera ditamatkan.
Namun idea Rafizi itu ditolak Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dengan alasan Adam bukan penjawat awam, justeru tiada keperluan anak muda itu berbuat demikian.
Demikianlah Artikel Tahniah Azmin Ali 'kayakan' Adam Rosly, kata Jamal Yunos
Sekianlah artikel Tahniah Azmin Ali 'kayakan' Adam Rosly, kata Jamal Yunos kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tahniah Azmin Ali 'kayakan' Adam Rosly, kata Jamal Yunos dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2016/11/tahniah-azmin-ali-kayakan-adam-rosly.html