Judul : Tinjau lebih banyak peluang di Malaysia
link : Tinjau lebih banyak peluang di Malaysia
Tinjau lebih banyak peluang di Malaysia
SINAR HARIANPerdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendengar ucapan daripada Pengerusi JMPFA, Keiji Furuya (berdiri) semasa menerima kunjungan hormat Persatuan Persahabatan Parlimen Jepun-Malaysia di Imperial Hotel hari ini. - Foto Bernama
TOKYO - JEPUN. Selepas menarik pelabur China kira-kira dua minggu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kini memperkukuhkan pula hubungan dengan pelabur Jepun.
Beliau menggesa pemimpin industri Jepun supaya meninjau lebih banyak peluang di Malaysia kerana negara telah menjalani program transformasi ekonomi ke arah menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi untuk manfaat rakyat.
Perdana Menteri yang dalam rangka lawatan kerja selama tiga hari ke negara ini, bermula semalam, berkata peluang berkenaan termasuk dalam bidang tenaga boleh diperbaharui, teknologi hijau dan pembangunan teknologi tinggi.
"Beberapa bidang itu termasuk tenaga boleh diperbaharui, teknologi hijau, pembangunan teknologi tinggi memandangkan kami bergerak menaik dalam rantaian nilai ... dan ingin menjadi ekonomi maju.
"Malaysia tidak lagi bersaing di peringkat teknologi yang rendah tetapi kami mahu bergerak ke atas untuk memastikan rakyat kami akan mendapat manfaat daripada pekerjaan berpendapatan tinggi," katanya semasa majlis makan tengah hari dengan pemimpin industri Jepun di sini pada Rabu.
Antara pemimpin industri Jepun yang hadir ialah Pengerusi NEC Corporation Nobuhiro Endo, Pengerusi Mitsubishi Corporation Mikio Sasaki, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) East Japan Railway Company Tetsuro Tomita, Pengerusi Sumitomo Corporation Kazuo Omori, Pengerusi Taisei Construction Takashi Yamauchi, CEO Mitsui Co Ltd Tatsuo Yasunaga, CEO Japan Petroleum Exploration Co (Japex) Hideichi Okada, CEO Tokyo Gas Co Ltd Michiaki Hitose, dan CEO IHI Corporation Tsugio Mitsuoka.
Malaysia, kata Najib, telah mendapat manfaat daripada kedudukan kukuh syarikat Jepun di negara sejak bertahun-tahun dengan pelaburan mereka kira-kira US$27 bilion (RM127.4 bilion) dan telah mewujudkan lebih 350,000 pekerjaan.
Pada 2015, Jepun merupakan rakan perdagangan keempat terbesar Malaysia di peringkat global dan terus menjadi pelabur asing terbesar dalam sektor pembuatan dengan lebih 1,400 syarikat Jepun kini beroperasi di Malaysia.
Sebanyak 60 projek dengan penyertaan Jepun telah diluluskan tahun lepas melibatkan pelaburan berjumlah RM4 bilion, yang dijangka menjana 5,201 peluang pekerjaan.
Semasa menjelaskan tentang komitmen kerajaan ke arah memacu Malaysia menjadi ekonomi maju, Najib berkata: "Malaysia akan terus dengan dasar untuk kekal di barisan hadapan dari segi keupayaan untuk bersaing.
"Oleh itu pelaburan, pelaburan berterusan dalam infrastruktur, dalam modal insan, dalam ekonomi internet, akan menjadi bidang yang akan mempunyai keutamaan tinggi semasa kami bergerak ke hadapan," kata beliau.
Memandangkan kedua-dua negara akan menyambut ulangtahun ke-60 hubungan diplomatik pada tahun depan, perdana menteri berkata, adalah penting bagi mereka untuk membincangkan beberapa program yang kedua-dua negara boleh lakukan untuk menandakan peristiwa penting ini.
Najib bertemu pelabur China semasa lawatan rasmi enam hari beliau ke China bermula 31 Oktober. - Bernama
Demikianlah Artikel Tinjau lebih banyak peluang di Malaysia
Sekianlah artikel Tinjau lebih banyak peluang di Malaysia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tinjau lebih banyak peluang di Malaysia dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2016/11/tinjau-lebih-banyak-peluang-di-malaysia.html