169 kakitangan khusus untuk PM terlalu ramai, agih ke kementerian lain - Hallo sahabat
Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 169 kakitangan khusus untuk PM terlalu ramai, agih ke kementerian lain, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel apa kabar Berita,
Artikel Berita hari ini,
Artikel Berita Politik,
Artikel Berita terkini,
Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
169 kakitangan khusus untuk PM terlalu ramai, agih ke kementerian lainlink :
169 kakitangan khusus untuk PM terlalu ramai, agih ke kementerian lain
169 kakitangan khusus untuk PM terlalu ramai, agih ke kementerian lain
Oleh HUSEIN MAHAT | Foto WAN ZAHARI SALLEH
Rafizi bersama Abdullah Sani pada sidang media petang tadi.
Perdana Menteri perlu mengurangkan jumlah kakitangan kerajaan yang berkhidmat secara khusus dengan dirinya yang berjumlah 169 orang bersesuaian dengan langkah jimat cermat yang diumumkan beliau.
Malah jumlah kakitangan seramai 169 orang itu secara relatifnya amat besar berbanding jumlah keseluruhan kakitangan White House yang berkhidmat untuk Presiden Amerika Syarikat seramai 475 orang.
"Daripada 169 kakitangan kerajaan yang berkhidmat untuk Datuk Seri Najib Razak, tiga orang ialah tukang masak, seorang ketua pelayan, empat pegawai perkhidmatan pelanggan dan hampir 20 orang pembantu am yang bertugas di kediaman rasmi beliau dan isteri," dedah Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli.
Menurut Rafizi, dalam keadaan kerajaan telah memotong pelbagai peruntukan, Jabatan Perdana Menteri sering menjadi tumpuan kerana peruntukan di bawah pentadbiran Najib kekal tinggi berbanding kementerian-kementerian lain seperti Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan.
Malah tambah Naib Presiden PKR itu, banyak tumpuan diberikan kepada peruntukan projek yang dimasukkan di bawah senarai Perdana Menteri.
"Apa yang tidak mendapat perhatian rakyat sebelum ini ialah belanja penggajian setiap tahun untuk kesemua kakitangan peribadi di pejabat Perdana Menteri yang bertanggungjawab terus kepada hal ehwal Perdana Menteri, bukannya jabatan-jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri," ujarnya.
Dalam sidang media di pejabat Invoke Space, Sungai Besi, petang tadi, Rafizi turut menyenaraikan kakitangan yang bertugas khusus untuk pejabat Perdana Menteri dan kediaman Perdana Menteri.
Hadir sama pada sidang media itu Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid.
"Pada jumlah 169 orang, ini bermakna Datuk Seri Najib menggunakan satu pertiga jumlah kakitangan White House yang berkhidmat khusus kepada beliau sedangkan skop dan kerumitan pentadbiran Amerika Syarikat adalah beratus kali ganda lebih rumit dari Perdana Menteri Malaysia," tegasnya.
"Sebab itu saya menyeru Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah menunjukkan teladan yang baik dengan menyusun kembali organisasi pejabat dan kediaman mereka yang dibayar dengan wang rakyat, agar tenaga kakitangan sedia ada disalurkan kepada jabatan-jabatan lain yang lebih berurusan dengan rakyat.
Rafizi turut menyeru Najib mengumumkan sendiri bentuk penimatan kos yang dibuat oleh beliau di pejabat dan kediaman rasmi beliau supaya ia mampu mengarahkan ketua-ketua jabatan lain mengurangkan belanja.
Demikianlah Artikel 169 kakitangan khusus untuk PM terlalu ramai, agih ke kementerian lain
Sekianlah artikel 169 kakitangan khusus untuk PM terlalu ramai, agih ke kementerian lain kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 169 kakitangan khusus untuk PM terlalu ramai, agih ke kementerian lain dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2016/12/169-kakitangan-khusus-untuk-pm-terlalu.html
Related Posts :
Pakatan Harapan akan gagal tanpa PAS, kata Salleh Keruak
Bernama
Sesungguhnya, sejarah menunjukkan PAS adalah tunjang kepada kekuatan pembangkang sepertimana Umno adalah tunjang kepa… Read More...
Kereta terkunci, kanak-kanak 5 tahun terperangkap
FMT Reporters
Kanak-kanak terbabit terperangkap apabila ibunya meninggalkan mangsa yang sedang tidur di kerusi penumpang bela… Read More...
Puad yakin Zakaria Arshad mahu dijadikan kambing hitamANTARAPOS.COM
BATU PAHAT: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan, Datuk Zakaria Arshad mungkin dijadikan kambing hitam dala… Read More...
Malaysia kutuk Israel tutup Masjid Al-Aqsa Bernama | July 16, 2017 Malaysia mendesak Israel segera membuka semula Masjid al-Aqsa untuk umat Islam dan menghentikan sebarang tindakan yang akan mengubah status quo tempat suci umat Islam itu. Najib-Razak-Masjid-Al-AqsaKUALA LUMPUR: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel menutup Masjid Al-Aqsa, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. “Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel menutup Masjid Al-Aqsa dan menafikan hak umat Islam untuk menunaikan solat Jumaat,” kata beliau dalam akaun Twitternya hari ini. Menurut laporan berita, polis Israel menutup Masjid Al-Aqsa dan tidak membenarkan solat Jumaat diadakan selepas 3 penduduk Palestin dan 2 polis Israel terbunuh dalam pertempuran bersenjata di pekarangan masjid itu. Al Jazeera, saluran berita bebas negara Arab, melaporkan susulan insiden itu, polis Israel mengarahkan orang ramai beredar dari Masjid Al-Aqsa dan menutupnya kepada awam. Sementara itu, Wisma Putra dalam kenyataan hari ini menyokong penegasan perdana menteri, menyatakan tindakan pihak berkuasa Israel itu merupakan pencabulan terhadap undang-undang antarabangsa dan norma kemanusiaan. “Ini merupakan pertama kali sejak 1969 umat Islam dilarang menunaikan solat Jumaat dalam Masjid Al-Aqsa,” menurutnya. Kementerian Luar seterusnya menegaskan tindakan provokasi Israel itu merupakan pencabulan terhadap hak umat Islam untuk mengerjakan amal ibadat di tempat suci yang bebas daripada sebarang larangan dan kebebasan untuk beribadat yang merupakan hak yang dijamin di bawah undang-undang antarabangsa. Sehubungan itu, kementerian berkata Malaysia mendesak Israel segera membuka semula Masjid Al-Aqsa untuk umat Islam dan menghentikan sebarang tindakan yang akan mengubah status quo tempat suci umat Islam itu.
Bernama
Malaysia mendesak Israel segera membuka semula Masjid al-Aqsa untuk umat Islam dan menghentikan sebarang tindakan yan… Read More...
Andaian penasihat Suaram silap, tegas pemimpin PPBM
Nur Khairah Alegria Suner dan Sheith Khidhir Bin Abu Bakar
a
Pengerusi biro dasar dan strategi PPBM menegaskan Kia Soong me… Read More...