Amanah: Calon PM untuk PH perlu ditentukan segera

Amanah: Calon PM untuk PH perlu ditentukan segera - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Amanah: Calon PM untuk PH perlu ditentukan segera, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Amanah: Calon PM untuk PH perlu ditentukan segera
link : Amanah: Calon PM untuk PH perlu ditentukan segera

Baca juga


Amanah: Calon PM untuk PH perlu ditentukan segera

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata calon Perdana Menteri bagi Pakatan Harapan perlu ditentukan untuk mengelak dari berlakunya perebutan kuasa.
 
Reaksi itu diberikan selepas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli pada semalam menggesa pembangkang untuk berhenti membuat spekulasi bersabit calon untuk jawatan nombor satu itu sekiranya pembangkang menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak.
 
"Ini lebih-lebih lagi bagi memastikan gabungan itu bertahan selepas pilihan raya," katanya sambil menambah kepentingannya yang juga ada kaitan dengan kepentingan orang ramai.
 
Dengan menggesa isu berkenaan dihentikan, Rafizi berpandangan ia akan menjejaskan sokongan rakyat kepada gagasan pembangkang.
 
Menurutnya apa yang lebih penting buat masa ini adalah isu-isu lain yang menjadi sering menjadi tumpuan rakyat.
 
Sementara itu, Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub menyifatkan kegagalan memuktamadkan calon perdana menteri seolah-olah mengulangi kesilapan mereka dalam PRU13 pada 2013 yang lalu.
 
"Kali ini, kita mesti berani untuk menamakan siapa yang patut menjadi perdana menteri.
 
"Apa yang Rafizi kata adalah benar, jangan buang masa, kita mesti tegas dalam membuat keputusan dan apa yang lebih penting ialah kita mesti membina keyakinan rakyat terhadap HARAPAN dan BERSATU," ujarnya sambil menambah isu tersebut perlu ditangani sebaiknya supaya tidak timbul pandangan bahawa tiada kesepakatan antara Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam isu calon perdana menteri.
 
Sebelum ini, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata jawatan perdana menteri itu akan diisi oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sekiranya gagasan pembangkang berjaya merampas Putrajaya.
 
Bagaimanapun jawatan tersebut akan diserahkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Ketua Umum PKR itu bebas daripada hukuman penjara.
 
 


Demikianlah Artikel Amanah: Calon PM untuk PH perlu ditentukan segera

Sekianlah artikel Amanah: Calon PM untuk PH perlu ditentukan segera kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Amanah: Calon PM untuk PH perlu ditentukan segera dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2016/12/amanah-calon-pm-untuk-ph-perlu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :