Jamal dakwa Menteri Besar Selangor menipu

Jamal dakwa Menteri Besar Selangor menipu - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jamal dakwa Menteri Besar Selangor menipu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jamal dakwa Menteri Besar Selangor menipu
link : Jamal dakwa Menteri Besar Selangor menipu

Baca juga


Jamal dakwa Menteri Besar Selangor menipu

Oleh Nur Atiqah Abdul Samad
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Datuk Seri Jamal Md Yunos mendakwa Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali menipu apabila memberitahu kerajaan negeri tidak terlibat dengan insiden perobohan resort miliknya di Sekincan.
 
Jamal berkata beliau yakin arahan merobohkan resort miliknya datangnya daripada Azmin ekoran tidak berpuas hati dengan tindakannya mengadakan protes tuala di hadapan bangunan SUK berhubung isu gangguan bekalan air pertengah bulan ini.   
 
10:57-11:33
"Kerajaan negeri Selangor (dan) menteri besar ini adalah pembohong. Tidak mungkin pegawai majlis daerah dan pejabat tanah yang saya kenali mengambil tindakan begitu (roboh resort) sekiranya tiada arahan. 
 
"Saya juga mempunyai sumber-sumber saya sendiri, minta Azmin Ali saman kalau perkara ini tidak betul. (Saya percaya) dia (Azmin) yang mengarahkan ambil tindakan kerana sakit hati dan marah kerana saya datang bertuala di SUK," katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
Beliau turut mempersoalkan ketelusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) apabila beberapa kali menolak permohonan lesen yang dibuatnya sebelum ini.
 
Jamal tidak menolak kemungkinan kegagalannya mendapatkan lesen operasi disebabkan status beliau sebagai pemimpin Unmno di negeri itu.
 
"Adakah juru runding, arkitek, jurutera, konsultan yang saya lantik tu bodoh-bodoh belaka? Mereka semua ada tauliah dan mempunyai pengalaman membina bangunan berpuluh-puluh tingkat.
 
"Jadi masalah mereka ni dikuasai pihak majlis, ahli-ahli majlis yang dilantik kerajaan negeri dan apabila sampai permohonan saya asyik ditangguhkan (jadi) bila nak bagi lesen?
 
"Jadi inilah masalah di Selangor, sesiapa yang tidak menyokong mereka dan menentang (maka) akan diserang sehingga yang melibatkan perniagaan," kata beliau.
 
Semalam Azmin memberitahu bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai kaitan perobohan Sekin Fisherman Village Hotel & Resort milik Jamal itu.
 
Malah katanya, resort itu terpaksa dirobohkan Majlis Perbandaran Sabak Bernam (MDSB) selepas mendapati resort itu tidak mempunyai sijil perakuan siap dan pematuhan (CCC). 
 
Khamis lalu, MDSB bertindak merobohkan sebuah hotel milik Jamal selepas notis perintah tutup tidak diendahkan.
 
Merujuk notis bertarikh 22 Disember itu antara lainnya menyebut pemilik Sekin Fisherman Village Hotel & Resort menjalankan aktiviti perhotelan tanpa lesen yang sah daripada pihak berkuasa



Demikianlah Artikel Jamal dakwa Menteri Besar Selangor menipu

Sekianlah artikel Jamal dakwa Menteri Besar Selangor menipu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jamal dakwa Menteri Besar Selangor menipu dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2016/12/jamal-dakwa-menteri-besar-selangor.html

Subscribe to receive free email updates: