Judul : MIROS: Siasatan awal tunjukkan pemandu mungkin tertidur
link : MIROS: Siasatan awal tunjukkan pemandu mungkin tertidur
MIROS: Siasatan awal tunjukkan pemandu mungkin tertidur
ANTARAPOS.COMPUTRAJAYA: Hasil siasatan awal kemalangan bas ekspres Alisan Golden Coach di Kilometer 137.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) pada 24 Disember lalu yang mengorbankan 14 nyawa, menunjukkan pemandu bas berkenaan kemungkinan tertidur ketika memandu.
Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Prof Dr Wong Shaw Voon, berkata terdapat juga petunjuk bahawa bas itu dipandu melebihi 110 kilometer sejam (km/j), walaupun had kelajuan bas adalah 90 km/j.
"Berdasarkan dinamik pergerakan bas memberikan petunjuk itu (pemandu tertidur), tetapi kita perlu menjalankan analisis lanjut bagi memastikannya termasuk bagaimana syarikat bas menguruskan pemandu.
"Ini hanya petunjuk berdasarkan siasatan awal. Laporan siasatan awal ini akan dibentangkan dalam tempoh seminggu lagi kepada Menteri Pengangkutan (Datuk Seri Liow Tiong Lai), manakala laporan akhir dalam tempoh sebulan selepas itu," katanya selepas menghadiri Mesyuarat Lembaga Pengarah MIROS Keempat 2016 di sini, hari ini.
Turut hadir, Pengerusi MIROS, Tan Sri Lee Lam Thye.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.00 pagi, 24 Disember lalu, 14 mangsa termasuk pemandu maut, selepas bas yang mereka naiki terbabas ke dalam cerun sedalam 20 kaki di Kilometer 137, Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Pagoh.
Demikianlah Artikel MIROS: Siasatan awal tunjukkan pemandu mungkin tertidur
Sekianlah artikel MIROS: Siasatan awal tunjukkan pemandu mungkin tertidur kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel MIROS: Siasatan awal tunjukkan pemandu mungkin tertidur dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2016/12/miros-siasatan-awal-tunjukkan-pemandu.html