Judul : PSM: Cukup bagus kalau kerajaan patuhi Akta 134 bela Orang Asli
link : PSM: Cukup bagus kalau kerajaan patuhi Akta 134 bela Orang Asli
PSM: Cukup bagus kalau kerajaan patuhi Akta 134 bela Orang Asli
Suresh Kumar berkata, apa yang penting sekarang adalah pelaksanaan undang-undang dan penambahbaikan pelaksanaan sistem sedia ada.
KUALA LUMPUR: Tiada keperluan meminda Perlembagaan Persekutuan buat masa ini kerana penguatkuasaan undang-undang dan sistem sedia ada memadai dalam menangani masalah dihadapi Orang Asli, kata Parti Sosialis Malaysia (PSM).
Penyelaras Biro Orang Asli PSM, Suresh Kumar berkata, negara sudah ada undang-undang seperti Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) untuk membela nasib Orang Asli.
Katanya, perkara terpenting bagi Orang Asli, iaitu isu hak tanah adat sert aspek lain turut dijamin dalam Akta 134.
“Akta itu dengan jelas mengiktiraf hak milik tanah adat Orang Asli dan apa yang perlu dibuat jika ada pencerobohan atau pertikaian. Kalau kerajaan negeri dan persekutuan dapat mematuhinya, ia sudah cukup bagus,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Seksyen 6, 7 dan 8 Akta 134 menggariskan tugas kerajaan negeri bagi mengisytiharkan tanah diduduki Orang Asli sebagai rizab Orang Asli dengan beberapa syarat, antaranya memang mereka kekal tinggal di sana.
Seksyen 9 pula menyatakan Orang Asli tidak boleh memindah hak milik atau memajak tanah tanpa persetujuan pihak berkuasa, manakala Seksyen 10 menyatakan masyarakat itu tidak perlu meninggalkan tempat tinggal mereka, walaupun diisytiharkan tanah rizab Melayu.
Namun, Akta 134 juga menyatakan pihak berkuasa negeri boleh memerintahkan mereka meninggalkan tempat tinggal mereka dengan beberapa syarat, termasuk pemberian pampasan.
Semalam, Penasihat DAP, Lim Kit Siang menggesa kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan Orang Asli turut menikmati keistimewaan seperti orang Melayu dan Orang Asal Sabah serta Sarawak.
“Ini termasuk kepentingan dalam pendidikan, perkhidmatan awam, biasiswa dan perniagaan. Rizab tanah mereka juga perlu dilindungi,” kata Kit Siang dalam satu kenyataan pada Ahad.
Suresh berkata, beliau secara prinsip bersetuju dengan gesaan itu, tetapi berpendapat perkara lebih penting kini ialah pelaksanaan undang-undang dan penambahbaikan sistem sedia ada.
“Seperti sistem pendidikan, sudah ada sekolah di kawasan perkampungan Orang Asli dengan sukatan pelajaran nasional. Di sana juga, pembelajaran lebih fleksibel kerana mengambil kira murid yang agak ketinggalan dalam pelajaran.”
Seksyen 17 Akta 134 juga menyentuh soal pendidikan, antaranya tiada pihak boleh menghalang Orang Asli ke sekolah dan mereka tidak boleh dipaksa mengambil pendidikan agama, kecuali dengan persetujuan ibu atau bapanya.
“Namun, ada masalah seperti sikap guru misalnya, seperti yang berlaku di Sekolah Kebangsaan Pos Tohoi tahun lalu,” katanya merujuk tindakan 7 murid Orang Asli melarikan diri dari asrama akibat takut dimarahi guru, pada 23 Ogos 2015.
Menurut laporan media, 2 daripada murid itu Mirsudiar Aluj, 12, dan Noreen Yaacob, 11, berjaya diselamatkan selepas pencarian 48 hari, 4 lagi terkorban dan seorang lagi gagal ditemui.
Isu Orang Asli kembali hangat diperkatakan, selepas masyarakat itu membuat sekatan bagi menghalang pembalak menjalankan aktiviti pembalakan di kawasan Wilayah Tanah Adat Orang Asli di Kuala Betis, Gua Musang.
Keadaan bertambah teruk apabila pihak berkuasa menambah 47 Orang Asli pada 29 November lalu kerana menghalang pembalakan di rizab hutan di Gua Musang. Mereka hanya dibebaskan pada 1 Disember lalu
Demikianlah Artikel PSM: Cukup bagus kalau kerajaan patuhi Akta 134 bela Orang Asli
Sekianlah artikel PSM: Cukup bagus kalau kerajaan patuhi Akta 134 bela Orang Asli kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PSM: Cukup bagus kalau kerajaan patuhi Akta 134 bela Orang Asli dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2016/12/psm-cukup-bagus-kalau-kerajaan-patuhi.html