Judul : PAS patut selesai isu Orang Asli, bukan jatuhkan pembangkang
link : PAS patut selesai isu Orang Asli, bukan jatuhkan pembangkang
PAS patut selesai isu Orang Asli, bukan jatuhkan pembangkang
Pembangkang akan tewas jika PAS tubuhkan perikatan baharu, kata Prof Shamsul Amri Baharuddin
GEORGE TOWN: Pembangkang tidak berpeluang memenangi pilihan raya umum akan datang sekiranya PAS meneruskan agenda perikatan baharu, kata Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Datuk Prof Shamsul Amri Baharuddin berkata perikatan itu hanya akan menyebabkan pertandingan pelbagai penjuru dan menjadikan formula mampu menang 1 lawan 1 sia-sia.
“Kewujudkan blok ketiga menjadikan formula itu sia-sia malah sebelum pilihan raya umum ke-14 tiba,” katanya kepada FMT.
PAS dilihat mencemuh perikatan pembangkang sedia ada dengan mengecualikan DAP dan Amanah daripada ceramah mega di Paya Jaras, Selangor malam ini.
Parti Islam itu akan meraikan pimpinan PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) yang dijangka akan berucap di acara itu.
Menurut Adun Selangor, Khairuddin Othman, DAP dan Amanah tidak dijemput kerana mereka bukan sekutu PAS.
PAS melalui Adun di Selangor dan Pulau Pinang kini dalam satu bentuk kerjasama dengan kerajaan Pakatan Harapan.
PAS mempunyai 13 anggota di Dewan Negeri Selangor, disamping majoriti mudah PKR, DAP dan Amanah yang memiliki 29 kerusi.
Di Pulau Pinang, hanya 1 daripada 40 kerusi dipegang Adun PAS yang dianggap mesra Pakatan Harapan.
Sementara itu, Shamsul percaya usaha PAS membentuk perikatan baharu petanda parti Islam itu mahu mendominasi politik negara.
“PAS sepatutnya selesaikan isu Orang Asli di Kelantan jika mereka masih mahu percaya setiap seorang pemimpinnya akan ke syurga,” katanya
Demikianlah Artikel PAS patut selesai isu Orang Asli, bukan jatuhkan pembangkang
Sekianlah artikel PAS patut selesai isu Orang Asli, bukan jatuhkan pembangkang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PAS patut selesai isu Orang Asli, bukan jatuhkan pembangkang dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2016/12/pas-patut-selesai-isu-orang-asli-bukan.html