Azmin perlu jawab isu projek terbengkalai Hulu Selangor

Azmin perlu jawab isu projek terbengkalai Hulu Selangor - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Azmin perlu jawab isu projek terbengkalai Hulu Selangor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Azmin perlu jawab isu projek terbengkalai Hulu Selangor
link : Azmin perlu jawab isu projek terbengkalai Hulu Selangor

Baca juga


Azmin perlu jawab isu projek terbengkalai Hulu Selangor

BNBBC

 
Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan. - Gambar fail Bernama
Naib Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan. – Gambar fail Bernama

Naib Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata pihaknya akan membangkitkan semula masalah projek terbengkalai di Selangor kepada Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Ini kerana menurut rekod yang dikeluarkan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, lebih separuh daripada projek perumahan terbengkalai terletak di Selangor.

Kata Nadzari, beliau sebelum ini pernah membangkitkan isu projek terbengkalai dengan bekas menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim di Dewan Undangan Negeri pada 2014.

“Saya tidak tahu sejauh mana kerajaan negeri memandang serius perkara ini. Pentadbir negeri perlu proaktif dan mencari penyelesaian untuk pembeli.

“Saya akan membangkitkan isu ini sekali lagi kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Jika ikhlas, beliau perlu menjawab soalan berhubung projek perumahan terbengkalai.” katanya.

Selain Bukit Sentosa, Nadzari berkata projek terbengkalai juga berlaku di Kampung Koskan, Batang Kali, Sungai Buaya dan Taman Rasa.

Menjelaskan keadaan asal, Nadzari berkata Daerah Hulu Selangor sepatutnya dibangunkan sebagai pusat komersial, tetapi apa yang berlaku kini adalah tempat tersebut kini dicemari pelbagai projek terbengkalai.

Projek perumahan, bangunan dan rumah kedai yang dalam pelbagai peringkat pembinaan, kini menjadi usang, diselaputi lumut, semak dan grafiti dengan berlatarbelakangkan landskap sunyi.

Beliau memberi contoh Bukit Sentosa yang sepatutnya dibangunkan menjadi pusat kegiatan ekonomi bagi membantu mengubah Hulu Selangor menjadi sebuah pusat komersial.

“Ia sepatutnya menjadi sebuah kawasan perindustrian bagi perniagaan berkaitan pengangkutan dan sektor runcit,” tambahnya lagi.

Sebelum ini, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar turut menyalahkan premium tanah yang tinggi di Selangor sebagai punca sejumlah besar projek terbengkalai di negeri berkenaan.

Berikutan itu tegas Nadzari isu ini akan dibangkitkan dalam masa yang terdekat.



Demikianlah Artikel Azmin perlu jawab isu projek terbengkalai Hulu Selangor

Sekianlah artikel Azmin perlu jawab isu projek terbengkalai Hulu Selangor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Azmin perlu jawab isu projek terbengkalai Hulu Selangor dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/01/azmin-perlu-jawab-isu-projek.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :