Hasrat Jamal jadi Presiden FAS tidak perlu diperlekeh

Hasrat Jamal jadi Presiden FAS tidak perlu diperlekeh - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hasrat Jamal jadi Presiden FAS tidak perlu diperlekeh, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hasrat Jamal jadi Presiden FAS tidak perlu diperlekeh
link : Hasrat Jamal jadi Presiden FAS tidak perlu diperlekeh

Baca juga


Hasrat Jamal jadi Presiden FAS tidak perlu diperlekeh

BNBBC ·


 

Penasihat Undang-Undang Gabungan NGO Selangor, Datuk Mohd Imran Tamrin menyelar kenyataan Penaung Gabungan Kelab Penyokong Selangor (GFCS), Datuk Adam Rosly yang memperlekehkan tindakan Datuk Seri Jamal Md Yunos yang menawarkan diri sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

Menurut Mohd Imran, Adam sepatutnya lebih terbuka dan tidak melihat dari kaca mata politik dengan tawaran Jamal itu jika beliau sendiri ingin melihat sukan bola sepak Selangor terus maju.

“Sebagai Penaung GFCS, Adam Rosly perlu menunjukkan komitmen beliau sebelum menyelar tindakan orang lain. Kita sedia maklum beliau adalah seorang anak muda yang kaya serta pandai mencari peluang-peluang dalam hal perniagaan.

“Dengan kemewahan dan kemampuan yang ada termasuk memiliki beberapa buah banglo mewah ala ‘Disneyland’ serta beberapa buah kereta mewah pelbagai jenama, beliau seharusnya membantu FAS yang menghadapi masalah pengurusan dan kewangan.

“Apa salahnya jika Adam Rosly melabur dan menjadi penajaan kepada pasukan Selangor,” jelas Mohd Imran dalam satu kenyataan pada Khamis.

Semalam, Adam dalam satu kenyataan menyifatkan cuba Jamal memasang impian menjadi Presiden FAS ibarat menangguk di air yang keruh.

Malah beliau mendakwa sejarah Sekinchan Ikan Bakar milik Jamal sudah cukup menunjukkan beliau bukan calon sesuai untuk mengemudi FAS ke tahap lebih baik.

Bagaimanapun, Mohd Imran yakin Jamal mempunyai perancangan yang dapat membantu FAS dalam mengembalikan kegemilangan sukan bola sepak Selangor.

“Kepimpinan serta pengalaman luas dan jatuh bangun beliau dalam bidang perniagaan pasti memberi kelebihan, kerana untuk bangkit semula dari kegagalan adalah satu pengalaman yang sangat bernilai.

“Sebagai anak jati negeri Selangor, saya optimis untuk melihat penambahbaikan dalam urus tadbir FAS dan seterusnya meletakkan Selangor setanding dengan JDT,” katanya.



Demikianlah Artikel Hasrat Jamal jadi Presiden FAS tidak perlu diperlekeh

Sekianlah artikel Hasrat Jamal jadi Presiden FAS tidak perlu diperlekeh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hasrat Jamal jadi Presiden FAS tidak perlu diperlekeh dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/01/hasrat-jamal-jadi-presiden-fas-tidak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :