Judul : Saya tak calarkan nama baik Umno - Jamal
link : Saya tak calarkan nama baik Umno - Jamal
Saya tak calarkan nama baik Umno - Jamal
Oleh Shuhaniza Said
SHAH ALAM: Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos tidak melihat tindakannya yang memecahkan botol arak di luar bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) Khamis lalu sebagai mencalarkan imej parti.
Ini kerana menurut Jamal, tindakan itu dilakukan atas kapasitinya sebagai Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, dan tidak ada kaitan dengan parti.
"Walaupun saya sebagai seorang ketua umno bahagian, saya tidak melihat tindakan saya itu mencalarkan nama baik Umno. Soalnya ahli parti setuju atau tidak, saya sudah jelas dalam ucapan saya pun (ketika itu).
"Tindakan saya pada hari itu bukan atas jawatan saya sebagai Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, tapi saya sebagai Pengerusi Gabungan NGO Selahgor dan Malaysia.
"Melihatkan kenyataan (Datuk Seri) Azmin yang sengaja berdolak dalik dalam isu membenarkan penganjuran pesta arak ini walau mendapat bantahan pelbagai pihak, sebab itu saya protes dengan cara yang lebih keras lagi," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Tambah Jamal, jika ia dilakukan atas kapasitinya dalam parti, perkara itu perlu melalui perbincangan dengan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar terlebih dahulu.
Jamal bersama beberapa penyokongnya pada pagi Khamis lalu mengadakan sidang media membantah penganjuran 'The Better Beer Festival 2017'.
Kekecohan berlaku apabila mereka membawa 10 kotak berisi botol bir dan bertindak memecahkan kesemua botol berkenaan menggunakan penukul simen di hadapan pintu pagar utama bangunan berkenaan.
Beberapa pemimpin Umno termasuk Naib Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini berkata tindakan Jamal itu tidak direstui parti.
Susulan tindakannya itu, Jamal bersama tujuh pekerjanya ditahan reman selama tiga hari di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan iaitu menyertai satu perhimpunan haram yang dibaca bersama Seksyen 268 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kemudaratan awam ekoran tingkah laku yang dilakukan oleh peserta himpunan.
Bagaimanapun selepas dua hari direman, Jamal dibebaskan lewat petang semalam, iaitu sehari lebih awal daripada sepatutnya kerana polis sudah melengkapkan siasatan.
Jamal juga berkata beliau bersedia berdepan dengan apa jua tindakan parti selepas ini.
"Saya tiada masalah, apa yang saya lakukan, saya sedia tanggung apa juga risikonya, sama ada daripada parti mahupun undang-undang.
"Bagi saya, apa guna saya pegang jawatan tapi apabila lihat kemungkaran di negeri saya, saya duduk diam tanpa membuat buat sesuatu. Inilah cara saya," katanya lagi.
Demikianlah Artikel Saya tak calarkan nama baik Umno - Jamal
Sekianlah artikel Saya tak calarkan nama baik Umno - Jamal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Saya tak calarkan nama baik Umno - Jamal dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/10/saya-tak-calarkan-nama-baik-umno-jamal.html